Tuesday, November 17, 2020

IMPLIKASI PENGELUARAN WANG KWSP

KAYA KAMU KERANA KAMI, MERANA KAMI KERANA KAMU

Apa yang sebenarnya berlaku adalah kerana kekhuatiran pihak-pihak tertentu terhadap wang simpanan yang diperlukan oleh rakyat untuk penggunaan bagi saat getir kini. Terdapat pelbagai kaedah bantuan yang telah di berikan secara bersasar oleh kerajaan. Penjana, BSH dan yang dulunya BR1M adalah merupakan satu kaedah bantuan yang amat wajar oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Mereka ini semua diletakkan tanpa rela pada kategori B40, M40 pastu dorang duduk dalam kategori ABOVE (A). Konon golongan atasan yang mempunyai pendapatan lebih dari RM 10,000.00 sebulan.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah KWSP sudah tidak berkemampuan untuk membuat bayaran tunai secara LUM SUM dengan jumlah yang begitu besar. Perkara ini terjadi adalah sejumlah pembayaran yang telah dibuat bagi pihak kerajaan kepada penerima bayaran tersebut. Bayaran itu meliputi pembangunan, emolumen warga awam dan kontraktor yang telah menjalankan kerja-kerja mereka dan kuarga mereka. Ia adalah wang yang dipinjamkan oleh KWSP sebagai pelaburan jangka pendek demi membantu kerajaan berbelanja sejajar dengan peruntukan belanjawan negara.

Sejumlah wang tersebut juga telah di laburkan bahkan ade yang telah LEBUR akibat dari kesilapan teknikal dan mengalami kerugian terhadap kesilapan pelaburan mereka dan seterusnya Lebur. Inilah implikasi penting yang terpaksa ditanggung oleh pihak KWSP yang amat pandai menggunakan wang rakyat demi mengaut keuntungan jangka pendek dan jangka panjang. Kemudian mereka memisahkan antara pelaburan mengikut Islam atau konvensional yang mampu memberikan keuntungan yang lebih besar atau lebih kecil. Berapa banyak syarikat serta berapakah jumlah yang telah di laburkan dan juga yang telah lebur masih kita tidak dapat petunjuk yang jelas.

Namun kini, rakyat seluruhnya amat memerlukan kantung yang berjumlah besar sebagai penggunaan serta tanggungan yang berjumlah RM 10,000.00 sekali setelah sekian lama tesepuk di simpanan KWSP. Ini adalah wang kami yang telah kamu LEBUR kan, kemudian kamu meminta gajian yang tinggi-tinggi kerana buat kerja dalam jumlah jutaan wang ringgit bagai. Bayaran yang perlu ditanggung oleh KWSP jika pengeluaran oleh rakyat adalah besar serta ia melibatkan bayaran TUNAI, dari mana KWSP dapat mendapatkan jumlah wang yang telah LEBUR untuk dikembalikan kepada kantung atau akaun bank rakyat seluruhnya. Ia adalah berjumlah BILLION dan bank manakah yang telah menyimpan wang KWSP untuk ditransferkan kepada KAMI sebagai penyimpan wang secara bulanan ini.

Senario bayaran tunai yang disumbangkan oleh rakyat adalah dari awal KWSP ditubuhkan, bahkan pengeluaran wang tersebut berbalik ke kantung kerajaan melalui bayaran pinjaman bank bagi pengeluaran pembelian rumah, perubatan dan sebagainya. Pulangan tersebut melalui cukai-cukai yang akan dan juga telah di bayar oleh kami jga. Mereka, yakni KWSP hanya memandang pulangan yang bakal mereka terima setelah pengeluaran di buat. Jika bayaran dibuat RM 10,000.00 maka yang mendapat manfaatnya adalah sector peruncitan semata diatas perbelanjaan barang keperluan harian. Sehinggkan pihak KWSP perlu menjual aset-aset mereka untuk kecairan tunai yang diperlukan oleh kami sekarang ini.


#kitamestitenang


Saturday, October 3, 2020

KEROSAKAN TANGAN-TANGAN FASIK TERHADAP RAKYAT.

Manusia itu mempunyai satu elemen hati untuk tamak, emosi untuk marah dan kecenderungan melakukan kesilapan demi kesilapan. Setiap dari kita akan mampu untuk memilih antara jalan-jalan kebajikan dan juga jalan kerosakan. Manusia itu di ciptakan mampu untuk membuat pilihan terhadap dirinya sendiri dengan menggunakan akal yang waras serta hati yang bersih. Kita semua bukan malaikat untuk senantiasa melaksanakan segala perintah dari Allah SWT, namun di sana akan ada manusia yang memilih jalan yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad saw. 

Baginda Nabi saw telah melalui jalan-jalan dakwah yang amat sukar dan payah, akan tetapi disana ada para sahabat r.a. yang senantiasa mendapat petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih daripada rasul-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar."

(QS. Ali 'Imran, ayat 179

Ujian demi ujian yang telah di terima oleh Baginda Nabi saw dalam menempuhi pelbagai dugaan golongan penentang Islam sewaktu Baginda menyampaikan risalah kebenaran melalui wahyu dari Allah SWT. Maka ketika ini kami rakyat Malaysia telah di uji, bahkan seluruh dunia secara amnya menghadapi ancaman Wabak COVID-19. Manusia seluruhnya perlu patuh terhadap usaha-usaha pencegahan melalui SOP bagi menghentikan penyebaran virus ini. Di kalangan rakyat senantiasa berada dalam waspada serta memastikan tiada penyebaran serta jangkitan terhadap wabak COVID-19 ini, kita semua akan di denda dan mungkin di penjara kerana telah melanggar perintah dan undang-undang para pemerintah (ahli politik).

Apabila undang-undang hendak dilaksanakan terhadap para pemimpin negara oleh kerajaan akan ada sekatan serta halangan terhadap individu-individu yang bersalah. Mereka mengatakan "Aku ada perbezaan dengan kamu kerana aku adalah pemimpin bagi kamu." Oleh yang demikian mereka ini tidak akan BERSALAH sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Siapa yang rajin untuk mendakwa ahli politik dengan membuat laporan polis untuk membuat dakwaan terhadap mereka ini. Kita semua tidak perlu kacau hidup mereka dan mereka juga perlu berbuat perkara yang sama kepada kita. Usah kerana jawatan serta ganjaran gaji lumayan yang mereka rebutkan, tetapi mereka tidak sedar bahawa itu semua adalah ujian kepada mereka mahupun ia adalah azab untuk mereka juga.

Dalam waktu yang sama juga kedudukan kerajaan melalui pemimpin politik telah melakukan pelbagai kerosakan demi memenuhi kehendak ketamakkan hati mereka untuk terus berkuasa sambil menjadi kaya raya di pandangan masyarakat. Berkereta kesana sini menyibukkan diri dengan program rasmi serta program parti-parti politik yang mereka terlibat. 

Apakah kamu telah di uji? Kemudian aku dan kamu menghadapinya dengan sabar dan solat. Namun disana ada perkara-perkara yang bakal terjadi serta yang telah terjadi, kami menerima dugaan serta ujian tersebut dengan redha. Inshaa Allah.

Kepada siapa kita perlu memohon pertolongan oleh sebab tangan-tangan mereka yang dengki dan sakit hati. Ujian itu hadir dalam pelbagai keadaan dan tidak menentu masa, hanya kepada Allah swt kita perlu mengharapkan pertolongan. 

Allah swt yang telah menentukan sesuatu itu akan berlaku dan Allah swt juga berhak memberikan kebaikan dan malah keburukan terhadap semua ujian  itu semua kepada kami sebagai antara makhluk-makhluk-Nya.

Bersikap Adil Dalam Penguatkuasaan Undang-undang.

Dalam urusan penguatkuasaan undang-undang, Rasulullah saw amat menekankan tentang sikap adil. Pernah terjadi di zaman Rasulullah saw, seorang wanita daripada Bani Makhzum telah  melakukan kesalahan mencuri. Namun, Bani Makhzum adalah antara kabilah yang mempunyai kedudukan dan pengaruh di sisi Qurasyh. 

Tiada siapa yang berani untuk memaklumkan perkara ini kepada Rasulullah saw kerana menjaga kedudukan kumpulan manusia yang mempunyai kedudukan ini. Quraysh mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka menggunakan pendekatan memujuk dan berdiplomasi dengan Baginda Nabi saw agar melepaskan pihak yang melakukan kesalahan ini. 

Reaksi Rasulullah saw sangat teguh. Rasulullah saw marah dengan sikap tidak adil sebegini lantas menegaskan: “Apakah kamu meminta syafaat (supaya dilindungi mereka yang melakukan kesalahan) berkenaan hukuman hudud ini? Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana apabila yang mencuri itu orang berpengaruh, kamu bebaskan. Dan apabila yang mencuri itu orang yang lemah (orang biasa) maka kamu kenakan hukuman hudud terhadap mereka.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Perhatikan ketegasan sikap Baginda Nabi saw. Dari aspek penguatkuasaan Rasulullah saw tidak pernah bersikap pilih kasih. Baginda Nabi saw meneruskan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman ke atas mereka yang melakukan kesalahan tidak kira samada yang melakukan kesalahan tersebut orang yang mempunyai pangkat atau kedudukan.

Marilah kita semua bermunjat kepada Allah SWT memohon bantuan dan rahmat dari Allah SWT.

رَبَّنَاۤ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَـنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami."

(QS. Al-Kahf , ayat 10)

#kitamestitenang

Saturday, August 22, 2020

PENCIPTAAN DAN PENTADBIRAN ADALAH MILIK ALLAH SEMATA

 

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari lalu Dia bersemayam diatas 'Arasy'. Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan cepat dan menciptakan matahari, bulan dan bintang, semuanya tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah bahawa Dialah yang menerajui urusan penciptaan dan pentadbiran alam buana, Maha Berkatlah Allah yang memelihata semesta alam.

Surah al-A'raf ayat 54

Maksudnya, Allah yang menciptakan alam nyata yang besar dan gemilang ini, yang menguasai, mentadbir dan mengendalikan alam buana dengan perencanaan-Nya yang rapi, yang melindungi malam dan siang yang mengiringinya dengan pantas dan silih berganti dalam suatu peredaran yang berterusan, di mana malam mengejar siang dan siang mengejar malam, Allah yang mencptakan matahari, bulan dan bintang-bintang yang petuh kepada perintah-Nya, Allah yang mencipta, menguasai, mengendali dan mentadbirkan segala urusan semesta alam itu adalah Tuhan kamu. 

Dia satu-satunya yang layak menjadi Tuhan kamu yang sanggup mendidik kamu dengan agama, menghimpun dan menyatupadukan kamu dengan peraturan-peraturan, mengadakan undang-undang untuk kamu dengan keizinan-Nya dan mengendali kamu dengan syariat-syariat-Nya. Dialah satu-satunya Tuhan yang menerajui penciptaan dan pengurusan alam buana. Tiada pencipta yang lain bersaman-Nya dan tiada pemerintah yang lain bersama-Nya. 

Inilah persoalan yang menjadi matlamat tayangan (drama) dan penjelasan ayat-ayat ini, iaitu persoalan ''Uluhiyah, Rububiyah dan Hakimiyah yang tertentu kepada Alla yang Maha Esa sahaja. Itulah persoalan 'Ubudiyah' manusia kepada Allah di dalam undang-undang dan peraturan hidup mereka.

Kamu merasakan bahawa kuasa, kemewahan dan nikmat sihat itu hanya untuk merasa aman dan tenang hidup kamu di dunia ini. Kemewahan apabila berkuasa merupakan adegan-adegan yang perlu di tonjolkan pada umum, dengan menyatakan inilah manfaat yang kamu perolehi sebagai orang yang berkuasa. Maka kemewahan itu adalah sebagai pakaian yang perlu dipakai kerana kamu sudah kaya, beli untuk tunjuk pada orang yang kamu dah pakai. 

Perancangan kamu untuk pakai itu adalah semua sebagai ujian dari Allah swt kepada kamu untuk di jawab di akhirat kelak. Banyak mana gaji dan elaun-elaun yang kamu makan namun tidak cukup kerana tiada tajuk drama jadi pelakon watak Menteri yang bertaraf Tan Sri. Siapa kamu pada ucapan jawatan dan pangkat kerana kamu ada kuasa menteri bagai untuk dijaja pada majlis-majlis yang di hadiri oleh kamu. Maka jawablah di depan Allah besok, bahawa kamu di berikan rahmat jawatan dan kekayaan untuk kamu merasai nikmat tersebut.

Melayu bagi Malaysia, punyai 2 parti optimis penunggang yang lebih malang, jika mereka terus dibiarkan berjaya menipu rakyat. Iyya kite semua rakyat berbilang kaum dan agama yang sekian lama hidup harmoni , saling homat menghormati dan saling mengasihi sesama kami semua. Sanggupkah kita menjadikan ini semua hanya untuk di tipu oleh permainan propaganda kaum dan agama sebagai alat politik mereka dan dengan jelas bertujuan untuk melaga-lagakan kita semua. Instead of melihat isu-isu penghinaan agama ini jika berlaku ia adalah atas kapasiti peribadi si pelaku itu sendiri. Individu itu sendiri, bukan kaumnya, bukan agamanya, bukan keluarganya dan keturunannya yang galak disabitkan secara borong oleh para politik penunggang agama dan bangsa. 

Menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos 2020 selepas dari 63 tahun kemerdekaan berjuta-juta malah berblilion wang negara digunakan untuk membangun dan memperkukuhkan semangat perpaduan nasional serta Intergrasi Kaum. Hakikatnya rakyat Malaysia telah lama meninggalkan semangat perkauman yang sempit selama ini, malah membangunkan masyarakat dengan asimilisasi dan intergrasi kaum yang agak berjaya. Negara Malaysia bersama rakyat seluruhnya bukan negara rimba belantara tanpa peraturan dan di tadbir oleh orang-orang bodoh berpolitik menggunakan agama dan bangsa. 

Allah swt itu Maha Kuasa yang Maha Mengetahui setiap dari semua makhluk-makhluk-Nya serta menguasai setiap apa yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Namun selagi ada kesempatan yang diberikan Allah swt kepada kita semua, wajar kita menginsafi terhadapa semua perkara yang telah kita lakukan.

Friday, June 19, 2020

ISLAM ITU BUKAN KAMU YANG BERPOLITIK!

Assalamualaikum wrt wbt...

Segala puji hanya untuk Allah swt Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan itu hanyalah milik Allah swt. Manusia tiada yang sempurna selain dari Baginda Nabi Muhammad saw maka manusia yang selainnya memiliki pelbagai kekurangan dan kelemahan.

Di kebanyakkan negara didunia kini telah mengalami suatu keadaan yang tidak pernah di duga oleh akal fikiran mereka sebagai manusia. Kerana semuanya yang berlaku adalah bukti kekuasaan Allah swt terhadap sekalian makluk-Nya yang berada di langit dan juga di bumi. COVID19 adalah suatu keadaan di mana semua ketua-ketua negara berada dalam kegusaran dalam menghadapi wabak covid19 di negara mereka dan kuarga mereka semata. Negara kita Malaysia juga telah mengalami keadaan sukar dan banyak tenaga dan usaha telah dilakukan demi melindungi rakyat dan negara agar senantiasa berada dalam perlindungan Allah swt. Pelbagai pihak telah berusaha melakukan segala kebaikan demi untuk keselamatan dan kesejahteraan semua pihak di pelbagai peringkat tidak kira bangsa dan agama. Masing-masing berusaha melakukan amal kebaikan dan kebajikan, dan kita memohon kepada Allah swt agar memberi taufik dan inayah-Nya kepada mereka yang telah banyak berjasa pada tanah air.

Khutbah yang telah disampaikan oleh Syakh Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti rahimullah pada 7 Disember 2012 yang telah lalu yang bertajuk "Ketika Islam berubah menjadi alat Politik". Beliau telah menyatakan

    "Bagaimana (mereka) mempermainkan Shari'at dan hukum-hakam Allah, apabila Islam dijadikan tangga kepada politik, dan cara untuk mencapai tujuan politik?! Betapa banyak sudahlah hukum-hakam yang disokong oleh islamis ini, yang mana fuqaha Islam bersepakat akan haramnya tindak tanduk tersebut, dan batilnya akujanji itu. Sementara pada hari ini, kita memasang telinga kepada pendirian mereka terhadap fatwa-fatwa pengharaman,  kebatilan dan larangan yang pernah mereka sokong fuqaha Shariat Islam dahulunya; pada hari ini, merekalah yang berfatwa menghalalkannya, dan berfatwa bahawa ia sahih serta harus pula.

    Lalu kita tertanya-tanya; adakah dalil yang tersembunyi daripada kalian kelmarinnya, lalu kalian tahu pula pada hari ini, lalu kalian menukar hukumnya? Tidak. Hukum itu itulah juga (kekal), dalilnya itu itulah juga (kekal), akan tetapi Malslahat Siyasiyyah / kepentingan politiklah yang berubah. Kepentingan politiklah yang menuntut agar patuh kepada apa yang dikatakan para fuqaha tentang hukum perkara-perkara itu - yang tidak ingin daku sebutkan." 

Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 15-16 :-

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu satu nur dari Allah dan sebuah kitab (al-Quran) yang amat jelas (15). Dengannya (kitab al-Quran) Allah memberi hidayat kepada mereka yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan kedamaian dan mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada nur yang terang-benderang dengan keizinan-Nya dan memimpin mereka ke jalan yang lurus (16).

Kekuasaan kerajaan demi kepentingan politik itulah yang menjadi matlamat ahli politik Islam atau di kenali sebagai islamis pada waktu ini. Mereka ini adalah golongan agamawan, bahkan semua yang kita ketahui mereka lebih utama mengetahui dari kita. Mereka ini hafal al-Quran dan mengingati hadis-hadis Nabi saw kemudian bernyanyi-nyanyi di khalayak awam berkata: kamu semua masuk neraka dan berdosa bagai. Mereka berjuang melalui jalan politik, bagi mereka Islam perlu menang dan di menangkan melalui jalan politk untuk memiliki kuasa pemerintahan dan menjadi kerajaan. Bertahun-tahun mereka dan aku berjuang melalui wadah politik untuk memerintah negara dengan Islam, yakni melaksanakan al-Quran dan as-Sunnah di negara yang tercinta ini dan seterusnya. Kami menyatakan dahulu kamu adalah zalim dan berdosa, namun pada hari ini kamu adalah yang baik dikalangan yang lainnya semuanya jahat. Hari ini matlamat politik telah berubah kerana Islam itu anjal dan sebagainya, namun hakikat Islam tidak pernah berubah dari dahulu, kini dan selamanya.

Kini adalah zaman yag telah di ingatkan oleh as-Syahid Syakh Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti rahimullah, beliau telah di ambil oleh Allah swt dahulu dari kita semua. "Ketika Islam Berubah Menjadi Alat Politik" maka para islamis ini telah melakukan kerosakan terhadap agama yang suci ini. Mereka para islamis ini telah berjuang kononnya demi mendaulatkan Islam di muka bumi Allah swt ini, yakni di bumi Malaysia yang amat kami cintai ini. Islam akan terlaksana jika pemerintahnya adalah beragama Islam, melaksakan politik Islam dan menjadikan Islam sebagai agenda politik di samping mempertahan Islam melalui kaedah-kaedah politik berlandaskan Islam bagai. Apa yang dinyatakan oleh beliau rahimullah:

   "Wahai hamba-hamba Allah, daku menyokong mereka yang menegah daripada Islam Siyasi (Islam Politik). Akan tetapi, hendaklah kalian ketahui, apakah yang kita maksudkan dengan Politik Islam itu? Daku maksudkan dengannya, ialah mereka menukar Islam menjadi wasilah, menjadi khadam, menjadi tangga, yang digunakan untuk sampai kepada impian politik yang pelbagai dan berbeza pula. inilah yang daku maksudkan daripada Islam Politik yang daku tegah daripadanya. Saudara-saudara itu menyangka bahawa Islam dan perlaksanaanya itu umpama aliran-aliran politik apabila ahli politik berusaha untuk melaksankannya apabila mereka menjadi pemerintah. Orang-orang Liberal melaksanakan agenda liberal mereka apabila mereka menjadi pemerintah. 

   Adakah Islam begitu juga? Daku kata: Wahai dikau, Islam ini adalah kepercayaan yang masuk ke dalam akal melalui ilmu, lalu ia (Islam) itu ialah cinta yang berjalan ke dalam hati, kerana mengagung-agungkan batas-batas Allah, cinta kepada-Nya, takut dan gerun kepada Nya  - lalu ketika itulah (apabila islam sampai ke akal dan hati_), barulah Islam akan dipraktikkan secara nescaya. Cara kepada demikian itu ialah dengan dikau masuk ke dalam dakwah kepada Allah azza wa jalla, ditengah orang ramai di atas muka bumi ini, dan tidak wajarlah untuk dikau berbicara denga mereka di atas kerusi pemerintah"

Pemerintahan itu bukanlah apa yang diperintahkan Allah untuk mereka menggapainya dan sampai kepadanya, ia adalah usaha-usaha dakwah iaitulah mereka itu turun kepada umat, kepada memahamkan umat manusia seluruhnya. Mereka ini menjadi teman berdiskusi dan mengingatkan dan duduk bersama orang-orang yang sesat. menjejak orang-orang fasik, dudk bersama mereka dan berdialog dengan mereka dengan mantik kasih, dan mantik al-ghirah (tidak inginkan saudaranya sesat). Tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya, pemerintahan itu bagi mereka setelah berjaya berjuang ia adalah sebagai peluang untuk menambah duit di poket kamu dan juga mereka semua. Mereka menjadikan hasil mahsul kerajaan sebagai harta simpanan peti besi untuk di simpan dirumah-rumah besar mereka. Menyimpan wang di bank-bank sebanyak yang boleh agar anak cucu mereka tidak miskin kemudian hari. Mereka berbelanja hingga tidak mengenail nilai dan jumlah matawang yang berbagai-bagai, mengumpulkan koleksi seperti membina muzium anak ku Sazali tidak terkira untuk di hitung berat atau bilangan kuantiti.

Kerajaan adalah suatu wasilah bagi mengembalikan manusia untuk mengenal Tuhan Pencipta sekalian alam, ia tujuan untuk melindungi fakir miskan, anak-anak yatim dan golongan susah demi meneruskan hidup di dunia ini penuh dengan pelbagai dugaan. Kerajaan itu adalah perkongsian rezeki dan kesejahteraan mereka di kalangan sesama manusia, mereka yang kaya memberi zakat dsaling bantu membantu demi menyelamatkan hidup mereka agar beriman kepada Allah swt untuk kebaikan hidup di akhirat kelak. Kepimpinan kerajaan bukan untuk dinikmati di kalangan anak beranak kamu untuk menjadi kaya hingga lupa kepada Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Mereka senang senantiasa bersama kuarga tanpa peduli jiran pon xde pasal rumah dok banglo atas bukit tempat takde orang duduk pasal dah terlampau kaya bagai. Maka tunggulah balasan Allah swt terhadap apa yang telah kamu kerjakan, semoga Allah swt terus memberikan rahmat dan keselamatan kepada kami rakyat Malaysia ini.

Isu politik negara untuk memilih Perdana Menteri ini lah yang menjadi Wawasan pada tahun 2020 sebenarnya. Mereka telah di berikan kuasa dan kekayaan namun ingin terus kekal kaya dan mem punyai pangkat la untuk di kenang bila mati nanti. Ketahuilah kamu, bahawa Allah swt berkuasa terhadap sesuatu ia merentasi antara langit dan bumi namun jawatan yang kamu cuba dapatkan sebagaimana orang lain juga berkuasa kamu juga nak memegang tampuk kekuasaan. Maka usah jadikan nafsu kamu untuk berkuasa kerana manusia itu tetap sahaja mempunyai pilihan, sudah pasti mereka tahu membuat pilihan demi kebaikan kami dan juga kuarga kami juga.



IMPLIKASI PENGELUARAN WANG KWSP

KAYA KAMU KERANA KAMI, MERANA KAMI KERANA KAMU Apa yang sebenarnya berlaku adalah kerana kekhuatiran pihak-pihak tertentu terhadap wang simp...