Friday, April 13, 2018

ISLAM SEKADAR TEMPELAN-TEMPELAN MAKHLUK SEMATA

Islam adalah untuk memimpin, bukan untuk para pemimpin (pembesar) memimpin Islam mengikut hawa nafsu semata. Mereka telah menyatakan dan akan berterus menerus menyatakan bahawa kami adalah golongan Islam yang benar dan menyalahkan semua orang di atas yang kononnya ia adalah sekadar kebetulan. Mari kita sama renungkan dari Surah an-Najm ayat 30-32 yang bermaksud,

    "Itulah kadar ilmu mereka. Sesungguhnya Tuhan mu, Dia lebih mengetahui siapa yang tersesat daripda jalan-Nya dan Dia pula yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. dan milik Allahlah yang di langit dan apa yang ada di bumi. (Dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)"


Kekuasaan adalah hanya milik Allah SWT, manusia sebagai wakil (khalifah) kepada manusia seluruhnya agar mengimani ajaran yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad saw. Kemudian Islam itu telah meluas dan melata hampir kepada seluruh muka bumi ini melalui para sahabat r.a. yang kita semua muliakan mereka-mereka ini. Kemudian ia berterusan dari generasi ke generasi dan hingga lah pada zaman ini Islam adalah semata pada nama atau sebagai simbol. Kemudian kita hebahkan (viralkan) bahawa kumpulan kami lah yang berjaya menempelkan Islam itu pada diri mereka akhirnya ia adalah sebagai sebahagian dari ajaran Islam. 

Maka adakah kamu telah di uji?...


Bertanyalah kamu pada diri (tubuh badan) kesakitan 'APAKAH!' ini,  melainkan hanya melalui petunjuk Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw dengan meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup.



Betapa tingginya ujian dan dugaan sebagai tahanan oleh penzalim ke dalam penjara, menjadikan masyarakat masih dilihat buta oleh orang-orang cerdik dikalangan bangsa Malaysia. Mana mungkin, Buya HAMKA berjaya menyiapkan sebuah kitab tafsir al-Quran yang bernama al-Azhar yang telah memberi manfaat kepada jutaan umat di alam nusantara ini. Itu adalah tingkat-tingkat ujian yang di hadapi oleh beliau, di sana juga ada ganjaran-ganjaran yang telah di janjikan oleh Allah swt sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Dengan ketinggian taqwa kepada Allah SWT maka ujian dan juga musibah dihadapi dengan sabar dan solat. 

Seorang mukmin hanya menumpukan kepada kebergantungan hanya kepada Allah SWT, sepertimana yang dikisahkan oleh para sahabat baginda Nabi Muhammad saw mengenai perperangan pertama yakni Perang Badar. Seluruh para sahabat yang berjuang di dalam perperangan Badar dijanjikan syurga oleh Allah SWT melalui perantaraan Nabi saw. 

Jangan kita tidak boleh beza atau menjadi buta antara perbandingan kebaikan umarak (pemimpin kerajaan) kepada  para ulama dan juga antara kezaliman Umara terhadap para ulama, ia mempunyai sebuah persepsi yang amat jauh bezanya. Ia umpama langit dan bumi jika kita memahami perkara realiti yang berlaku antara dua keadaan di atas. Manakah ujian yang lebih di nilai oleh Allah SWT terhadap ujian nikmat diberikan kepada para ulama bersama-sama para umarak yang menghabiskan harta-harta kerajaan. Berbanding dengan ujian Allah SWT kepada para ulama yang di zalimi oleh para Umara. Bukankah mereka yang pernah dizalimi oleh Umara bahkan kerajaan-kerajaan Islam selepas zaman para sahabat adalah para imam mazhab. Mereka ini sanggup di uji di dalam penjara milik ketua kerajaan Islam pada masa itu, dengan mempertahankan ijtihad mereka dalam menentukan sesebuah hukum di dalam al-Quran bahkan juga di dalam Sunnah Baginda Nabi Muhammad saw.



Pemimpin akan melakukan kesilapan, malah diberikan ganjaran pahala jika tersilap hukum. Maka bukan mereka sebagai pemimpin yg memimpin Islam untuk kita, tetapi Islam adalah  tinggi tidak perlu kepada pemimpin menipu masyarakat dengan pakaian dan benda-benda (makhluk) diberikan jenama Islam....bagai...

- Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita solat cukup 5 waktunya.
- Jangan merasakan diri kita "Baik" walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
- Jangan merasakan diri kita "Baik" walaupun kita nasihat dan tegur orang lain yang buat silap
- Jangan merasakan diri kita "Baik" walaupun kita setiap masa kita menolong orang lain.

          "Dan betapa banyak malaikat di langit, syafaat (pertolongan) mereka sedikitpun tidak berguna kecuali apabila Allah telah mengizinkan (dan hanya) bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia redhai."

                                 Surah an-Najm ayat 26.

Jika kita mengatakan kumpulan kami bersama para pemimpin kami adalah benar di sisi Islam, maka jangan di cemuh semua kaum muslimin. Bahkan aqidah ahli sunnah Waljamaah adalah bersederhana dalam mengendalikan perbezaan ijtihad. Jika perkara yang dilakukan itu menepati kehendak al-Quran dan as-Sunnah maka mereka akan mendapat ganjaran dua pahala, malah jika mereka melakukan kesilapan maka tetap juga mendapat pahala. Begitulah rahmat Allah SWT kepada umat akhir zaman ini, sebagaimana mereka akan terpecah kepada 73 golongan yang mana 72 golongan adalah mereka yang sesat dan menyesatkan.


Kehendak nafsu sebagai manusia tidak boleh terlepas dari sebarang godaan syaitan. Wajar bagi kita memperbaiki amalan serta memperbaharui syahadah dengan bersungguh-sungguh mengerjakan solat dengan penuh kesabaran. Bandingan antara manusia dan haiwan adalah makhluk ciptaan Allah SWT, yakni, haiwan tidak mempunyai akal bahkan memiliki nafsu sebagaimana manusia yang normal. Jangan kita menjadikan agama ini sebagai tunggangan aqidah sempit dengan hanya semata-mata meletakkan tempelan-tempelan pada ajaran agama Islam, pada sisi mereka merekalah yang benar. Ia bukan pada yang lain selain mereka.




#Islamadalahrahmatsekalianalam
#sampaikanlahdarikuwalausepotongaya

Friday, April 6, 2018

DAJJAL: Kemunculannya, sifatnya, fitnahnya dan kematiannya.

DAJJAL! : Kemunculannya, sifatnya, fitnahnya dan kematiannya

Diriwayatkan kisah ini oleh salah seorang sahabat Nabi yakni Abu Umamah Al Bahili: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berkhutbah di hadapan kami, dan kebanyakan isi khutbah beliau selalu menceritakan kepada kami tentang Dajjal supaya kami berhati-hati. Dan di antara isi khutbah beliau adalah: “Sungguh, semenjak Allah menciptakan anak cucu Adam, tidak ada fitnah yang lebih besar dari Dajjal, dan tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah melainkan dia akan memperingatkan kepada umatnya mengenai fitnah Dajjal. Sedangkan aku adalah Nabi yang paling akhir dan kamu juga ummat yang paling akhir, maka tidak dapat dielakkan lagi bahawa Dajjal akan keluar di tengah-tengah kalian. Sekiranya dia keluar, sedang aku masih berada di tengah-tengah kalian, maka aku adalah pembela setiap orang Muslim. Namun jika dia keluar setelah (kematian)ku, maka tiap-tiap kalian adalah penyelamat bagi dirinya sendiri, dan Allah sebagai penggantiku dalam menyelamatkan setiap Muslim.


SEBELUM MUNCUL DAJJAL


Sesungguhnya tiga tahun sebelum munculnya Dajjal, adalah waktu yang sangat sulit, di mana manusia akan ditimpa oleh kelaparan yang terlalu teruk. Allah akan memerintahkan kepada langit pada tahun pertama untuk menahan sepertiga dari hujannya, dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan sepertiga dari tanaman-tanamannya. Dan pada tahun kedua Allah akan memerintahkan kepada langit untuk menahan dua pertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan dua pertiga dari tumbuh-tumbuhannya. Kemudian di tahun yang ketiga, Allah memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya, maka ia tidak menitiskan setitis air pun dan Allah memerintahkan kepada bumi untuk menahan semua tanaman-tanamannya, maka setelah itu tidak dijumpai satu tanaman hijau yang tumbuh dan semua binatang yang berkuku akan mati, kecuali yang tidak dikehendaki oleh Allah.” Kemudian para sahabat bertanya: “Dengan apakah manusia akan hidup pada saat itu?” Beliau menjawab: “Tahlil, takbir dan tahmid akan sama ertinya bagi mereka dengan makanan.”


KEMUNCULAN DAJJAL DAN SIFATNYA


Sesungguhnya dia akan keluar dari suatu celah yang terletak antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan berbuat kerosakan di sebelah kiri dan kanannya. Wahai hamba Allah, wahai para manusia, teguhkanlah diri kalian, kerana aku akan menerangkan sifat-sifatnya yang belum pernah diterangkan oleh seorang Nabi pun sebelumku. Pertama kali dia akan mendakwa dirinya dengan mengatakan: ‘Aku adalah seorang Nabi’, padahal tidak ada Nabi setelahku. Kemudian dia juga akan mendakwa dirinya dengan mengatakan: ‘Aku adalah Rabb kalian’, sedangkan kalian tidak akan boleh melihat Allah kecuali setelah kalian meninggal. Dan dia hanya memiliki satu mata, padahal Allah tidaklah bermata sebelah (cacat). Dan di antara kedua matanya tertulis ‘kafir’ yang hanya dapat dibaca oleh setiap Muslim baik yang dapat menulis mahupun yang tidak dapat menulis.


KEHIDUPAN DAJJAL


Sesungguhnya hari-harinya (Dajjal hidup) ialah selama empat puluh hari, sehari bagaikan setahun, dan sehari berikutnya seperti sebulan, dan sehari seperti seminggu dan baki hari-hari tersebut seperti percikan api (yang cepat terbangnya), salah seorang berada di pintu Madinah di pagi hari, maka belum sampai pintu yang lain dia telah berada di petang hari.” Lalu dikatakan kepada beliau: “Wahai Rasulullah, bagaimana kami solat di hari-hari yang sangat pendek tersebut?” Beliau menjawab: “Perkirakanlah hari-hari kalian untuk melaksanakan solat sebagaimana kalian memperkirakan pada hari-hari yang panjang ini, kemudian tunaikanlah solat.”


FITNAH DAJJAL


Di antara fitnah-fitnahnya adalah bersamanya ada syurga dan neraka, namun pada hakikatnya nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka. Barangsiapa mendapatkan ujian dengan nerakanya, hendaklah dia berlindung kepada Allah dan hendaklah dia membaca ayat di awal-awal surah Al-Kahfi. Dan di antara fitnahnya juga adalah dia akan berkata kepada seorang Arab: ‘Fikirkanlah olehmu, sekiranya aku dapat membangkitkan ayah dan ibumu yang telah mati, apakah kamu akan bersaksi bahawa aku adalah Rabbmu?’ Laki-laki Arab tersebut menjawab: ‘Ya.’ Kemudian muncullah syaitan yang menjelma di hadapannya dalam bentuk ayah dan ibunya, maka keduanya berkata: ‘Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dia adalah Rabbmu.’


Dan di antara fitnah-fitnahnya adalah dia akan memaksa seorang manusia lalu membunuhnya dan memotongnya dengan gergaji. Maka terbelahlah orang tersebut menjadi dua bahagian. Kemudian Dajjal berkata: ‘Lihatlah oleh kalian kepada hambaku ini, sesungguhnya aku akan membangkitkannya, lalu dia akan mendakwa bahawa Rabbnya adalah selain aku.’ Maka Allah pun membangkitkan orang yang terbelah tersebut. Lalu Dajjal berkata kepadanya: ‘Siapakah Rabbmu?’ Dia menjawab: ‘Rabbku adalah Allah, dan kamu adalah musuh Allah. Kamu adalah Dajjal. Demi Allah, mulai hari ini, tidak ada hal yang lebih aku yakini selain dari (kedustaan)mu’. Laki-laki itu adalah dari (antara) ummatku yang mendapatkan darjat yang tinggi di syurga.


Dan termasuk dari fitnahnya (Dajjal) adalah memerintahkan langit supaya menurunkan air hujan, maka turunlah hujan, dan memerintahkan bumi supaya menumbuhkan tumbuhannya, maka bumi pun menumbuhkan tumbuhannya. Termasuk dari fitnahnya adalah dia melintasi suatu negeri, namun penduduknya mendustakannya, maka tidak satu binatang ternak pun yang tertinggal melainkan semuanya akan binasa. Dan di antara fitnah-fitnahnya adalah bahawa dia akan melintasi suatu negeri, kemudian penduduknya membenarkannya, maka dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan, maka turunlah hujan dan dia memerintahkan bumi supaya menumbuhkan tumbuhannya, maka tumbuhlah tumbuhannya. Sehingga binatang pada saat itu menjadi lebih besar dan lebih gemuk dibandingkan dengan masa-masa yang telah lalu, paling besar lambungnya dan paling banyak air susunya.


HARI PEMBERSIHAN


Sungguh, tidak ada satu negeri pun di muka bumi ini yang tidak dimasuki dan dikuasai oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah, dan dia tidak akan mampu memasukinya dari setiap celah-celah itu melainkan dia akan bertemu dengan penjaga (malaikat) tempat tersebut dengan pedang yang terhunus, sehingga dia akan singgah di suatu tempat yang kosong dan belum pernah diolah. Maka kota Madinah bergegar dengan tiga kali goncangan, sehingga tidak akan tertinggal dalam kota tersebut seorang munafik baik laki-laki mahupun perempuan kecuali keluar menemui Dajjal, kota Madinah pun terbebas dari orang-orang keji sebagaimana alatan besi menghilangkan karat pada besi, dan hari itu disebut dengan hari pembersihan.”


DIUTUS NABI ISA


Ummu Syuraik binti Abu Al ‘Akr berkata: “Wahai Rasulullah, di manakah orang-orang Arab saat itu?” Beliau menjawab: “Pada saat itu jumlah mereka sangatlah sedikit dan mereka berada di Baitul Maqdis sedangkan imam mereka adalah seorang laki-laki yang soleh. Ketika pemimpin mereka hendak ke hadapan untuk mengimamkan dalam solat subuh, tiba-tiba turunlah Isa bin Maryam, maka mundurlah imam mereka ke belakang supaya Isa maju untuk mengimami solat. Isa lalu meletakkan tangannya di antara dua bahunya (pemimpin mereka) sambil berkata: ‘Majulah kamu dan pimpinlah solat, kerana sesungguhnya ia (solat) ditegakkan untuk kamu.’ Akhirnya pemimpin mereka pun mengimamkan mereka solat, dan ketika solat telah usai, Isa berkata: ‘Bukalah pintu.’ Mereka pun membukakan pintu, ternyata di belakangnya Dajjal telah menunggu bersama dengan tujuh puluh ribu orang Yahudi, masing-masig dari mereka memiliki pedang terhunus yang terbuat dari emas dan berjubah besar berwarna hijau.



KEMATIAN DAJJAL



Ketika dia (Isa) memandang Dajjal, Dajjal pun meleleh (hancur) sebagaimana garam yang meleleh di dalam air. Kemudian Dajjal lari dan dihadang oleh Isa di pintu timur kota Lud, kemudian Isa membunuhnya. Maka Allah menjadikan kekalahan terhadap orang-orang Yahudi, di mana tidak ada satu makhluk pun yang diciptakan Allah yang dijadikan perlindungan oleh mereka melainkan Allah akan menjadikannya berbicara, mulai dari batu, pohon, dinding dan binatang ternak kecuali pohon Gharqad, sebab ia termasuk dari pohonnya mereka yang tidak mahu bicara (pohon Yahudi). Lalu makhluk Allah yang lain berkata: ‘Wahai hamba Allah yang Muslim, di sini ada orang Yahudi, kemarilah dan bunuhlah dia.’


NABI ISA MENJADI PEMIMPIN


Kemudian Isa bin Maryam akan menjadi seorang hakim yang adil di kalangan ummatku dan seorang pemimpin yang bijaksana, dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapus pajak dan membiarkan sedekah, maka dia tidak akan mencari seekor kambing atau seekor unta zakat pun. Kedengkian dan permusuhan dihapus, bisa (racun) dari setiap makhluk yang berbisa diangkat sehingga apabila ada seorang bayi perempuan memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, maka ular tersebut tidak akan membahayakannya, dan bayi perempuan itu juga dapat menyakiti seekor singa, sedangkan singa tersebut tidak akan membahayakan bayi itu. Dan serigala akan berada di tengah gerombolan kambing seakan-akan ia adalah anjingnya.


Dunia akan dipenuhi oleh kedamaian sebagaimana bekas yang berisi air (kerana sangat ratanya), agama akan menjadi satu, maka tidak ada yang disembah selain Allah, terhapusnya seluruh hal yang menyebabkan peperangan, suku Quraisy kembali mengambil kekuasaannya, dan bumi seakan-akan seperti bintang perak, dan tumbuh-tumbuhannya akan tumbuh seperti zamannya Nabi Adam, sehingga apabila ada sekelompok orang berkumpul untuk makan setangkai anggur, maka hal itu akan membuatnya senang, dan apabila sekelompok orang tersebut berkumpul untuk memakan sebuah delima, maka hal itu juga akan membuat mereka senang. Seekor lembu pada saat itu harganya sangatlah murah dan seekor kuda hanya seharga beberapa dirham.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kenapa kuda menjadi murah?” Beliau bersabda: “Ia tidak digunakan untuk berperang selamanya.” Dikatakan kepada beliau: “Kenapa lembu jantan harganya mahal?” Beliau bersabda: “Sebab ia digunakan untuk membajak bumi semuanya.”


(Sunan Ibnu Majah, no. 4067)

Monday, April 2, 2018

Dakwah Kewangan Islam, bebaskan RIBA!

"Sesungguhnya kamu telah didatangi seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri. Ia sangat perihatin terhadap segala kesusahan yang di alami oleh kamu dan ia begitu perihatin terhadap kamu dan ia amat sayang dan kasihan belas terhadap para Mu'minin (128). Dan jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : Cukuplah Allah menjadi Perlindungku, tiada Tuhan selain Dia. Kepada-Nya aku berserah dan Dia Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung" (129)
Surah at-Taubah ayat 128-129

Di sana terbentang luas jurang yang amat luas antara feqah pergerakan dan feqah lembaran-lembaran kitab. Karena feqah lembaran-lembaran kitab mengabaikan pergerakan dan kehendak-kehendaknya dari perhitungannya kerana ia tidak mengamal dan menghayatinya, sedangkan feqah pergerakan melihat Islam menghadapi jahiliyah selangkah demi selangkah, peringkat demi peringkat, situasi demi situasi. Ia melihat Islam mengatur peraturan-peraturannya ketika menghadapi realiti yang bergerak itu, iaitu sesuai dan dapat menguasai dengan realiti itu, juga berubah-ubah mengikut perubahan realiti.

Sebahagian mufassirin menafsirkan perkataan "rasulun min anfusikum" dengan hadis:

     Artinya: Bersabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya Allah telah memilih Bani  Kinanah dari keturunan Ismail, dan memilih suku Quraisy dari Bani Kinanah, dan memilih Bani Hasyim dari suku Quraisy, dan Allah telah memilihku dari Bani Hasyim." 
(H.R. Muslim dan Tirmizi dari Wasilah bin Asqa')

Dari ayat dan hadis di atas dapat difahami tentang kesucian keturunan Nabi Muhammad saw yang berasal dari suku-suku pilihan dari suku-suku bangsa Arab. Dan orang-orang Arab mengetahui benar tentang hal ini. Nabi Muhammad saw berasal dari keturunan orang-orang yang baik dan terhormat. Mempunyai sifat-sifat yang tinggi dan agung pula, iaitu:

1. Dia merasa tidak senang jika umatnya ditimpa sesuatu yang tidak diingini, seperti di timpa kehinaan kerana dikuasai oleh sistem kewangan kapitalis yang melibatkan RIBA!

2. Sangat menginginkan agar umatnya mendapat taufik dari Allah, bertambah kuat imannya dan bertambah baik keadaannya.

3. Sangat belas kasihan dan amat penyayang kepada kaum muslimin. Keinginanya ini tanpak pada tujuan risalah yang disampaikannya, yaitu agar manusia hidup berbahagia di dunia dan di akhirat nanti. Dalam ayat ini Allah memberikan dua macam sifat kepada Nabi Muhammad saw yang kedua sifat itu merupakan sifat-Nya sendiri, termasuk di antara "asmaulhusna", yaitu sifat  "rauf" (amat belas kasihan) dan sifat "rahim" (penyayang) sebagai tersebut dalam firman-Nya di dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud: 

   "Sesunguhnya Allah benar-benar amat Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."

Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN) akan melaksanakan tugas-tugas dakwah kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah akan berkembang ke peringkat Nusantara dengan memperkenalkan konsep kewangan Islam yang bersih dari unsur RIBA!. Kita boleh menyatakan bahawa dunia komersil hari ini bukan sahaja di Malaysia malah ia didominasi oleh sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan RIBA!. Oleh itu, amalan kewangan seperti contoh insurans adalah tidak terkecuali. Seperti fenomena menjadi lebih berbahaya di mata syariah, di mana RIBA! dilarang dengan tegas dan menganggap urus niaga asas RIBA! tidak sah.

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Surah al-Baqarah ayat 275

Didalam apa-apa jenis sistem kewangan islam seperti insurans am, permium dibayar dianggap sebagai tabaru (derma) kepada polisi jaminan bersama, oleh itu pemegang polisi mungkin tidak mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran balik premium berbayar melainkan risiko atau kerugian yang tidak dijangka berlaku pada perkara itu.

Walau bagaimanapun, dalam dasar umum, syarikat itu boleh menyediakan pemegang polisi (diinsuranskan) dengan bonus tidak ada tuntutan (NCB) mengikut dasar syarikat. dalam satu polisi hayat, di sisi lain, adalah dicadangkan bahawa manfaat, sekiranya kematian yang terjamin berlaku sebelum kematangan polisi, harus memegang hak untuk menuntut premium berbayar, bahagian keuntungan yang dibuat premium berbayar, dividen dan apa yang sebagainya.

Sehubungan dengan itu, kami melaksanakan Dakwah Ekonomi melalui kaedah Kewangan Islam yang berusaha untuk menghapuskan amalan RIBA! di kalangan umat Islam di Malaysia, kemudian akan berkembang terus ke seluruh nusantara. Inshaa Allah. Kami akan menyebarkan salam kepada umat Islam yang pada keseluruhan rakyat Malaysia yang berjumlah lebih dari 25 juta orang penduduk. Sasaran kami adalah sekadar 3.2juta umat Islam yang akan bersama-sama kami dalam mencari keredhaan Allah swt. Kami semua akan mendakwahkan kepada umat, bahawa hentikanlah amalan kewangan yang mempunyai RIBA! didalamnya, agar segala keberkatan yang akan turun dari langit akan dapat dinikmati oleh manusia, bahkan kepada seluruh penduduk bumi. Islam adalah rahmat untuk sekalian alam.


Di sana pasti ada ujian dan tribulasi dari pelbagai pihak yang akan terus menerus mencemuh amalan kewangan Islam, maka marilah kita bersatu wahai umat Islam di Malaysia secara khusus agar kita berada selain dari 72 golongan yang sesat dan menyesatkan. Yakinlah bahawa kita berada pada golongan yang satu dan akan menyatukan semua 72 golongan sesat tadi agar kembali kepada ajaran Syariat Islam. Sesungguhnya kita semua perlu yakin bahawa dengan menyelesaikan hutang-piutang dengan pihak-pihak kapitalis yang menjadikan RIBA! sebagai sistem yang menekan dan menindas umat Islam selama ini. Mari kita semua bebaskan belenggu hutang yang selama ini telah mengikat kita dengan menggunakan sistem yahudi, agar kembali kepada ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.


segala kebaikan hanya dari Allah SWT dan semua kelemahan diri sendiri.



IMPLIKASI PENGELUARAN WANG KWSP

KAYA KAMU KERANA KAMI, MERANA KAMI KERANA KAMU Apa yang sebenarnya berlaku adalah kerana kekhuatiran pihak-pihak tertentu terhadap wang simp...