Friday, June 19, 2020

ISLAM ITU BUKAN KAMU YANG BERPOLITIK!

Assalamualaikum wrt wbt...

Segala puji hanya untuk Allah swt Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan itu hanyalah milik Allah swt. Manusia tiada yang sempurna selain dari Baginda Nabi Muhammad saw maka manusia yang selainnya memiliki pelbagai kekurangan dan kelemahan.

Di kebanyakkan negara didunia kini telah mengalami suatu keadaan yang tidak pernah di duga oleh akal fikiran mereka sebagai manusia. Kerana semuanya yang berlaku adalah bukti kekuasaan Allah swt terhadap sekalian makluk-Nya yang berada di langit dan juga di bumi. COVID19 adalah suatu keadaan di mana semua ketua-ketua negara berada dalam kegusaran dalam menghadapi wabak covid19 di negara mereka dan kuarga mereka semata. Negara kita Malaysia juga telah mengalami keadaan sukar dan banyak tenaga dan usaha telah dilakukan demi melindungi rakyat dan negara agar senantiasa berada dalam perlindungan Allah swt. Pelbagai pihak telah berusaha melakukan segala kebaikan demi untuk keselamatan dan kesejahteraan semua pihak di pelbagai peringkat tidak kira bangsa dan agama. Masing-masing berusaha melakukan amal kebaikan dan kebajikan, dan kita memohon kepada Allah swt agar memberi taufik dan inayah-Nya kepada mereka yang telah banyak berjasa pada tanah air.

Khutbah yang telah disampaikan oleh Syakh Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti rahimullah pada 7 Disember 2012 yang telah lalu yang bertajuk "Ketika Islam berubah menjadi alat Politik". Beliau telah menyatakan

    "Bagaimana (mereka) mempermainkan Shari'at dan hukum-hakam Allah, apabila Islam dijadikan tangga kepada politik, dan cara untuk mencapai tujuan politik?! Betapa banyak sudahlah hukum-hakam yang disokong oleh islamis ini, yang mana fuqaha Islam bersepakat akan haramnya tindak tanduk tersebut, dan batilnya akujanji itu. Sementara pada hari ini, kita memasang telinga kepada pendirian mereka terhadap fatwa-fatwa pengharaman,  kebatilan dan larangan yang pernah mereka sokong fuqaha Shariat Islam dahulunya; pada hari ini, merekalah yang berfatwa menghalalkannya, dan berfatwa bahawa ia sahih serta harus pula.

    Lalu kita tertanya-tanya; adakah dalil yang tersembunyi daripada kalian kelmarinnya, lalu kalian tahu pula pada hari ini, lalu kalian menukar hukumnya? Tidak. Hukum itu itulah juga (kekal), dalilnya itu itulah juga (kekal), akan tetapi Malslahat Siyasiyyah / kepentingan politiklah yang berubah. Kepentingan politiklah yang menuntut agar patuh kepada apa yang dikatakan para fuqaha tentang hukum perkara-perkara itu - yang tidak ingin daku sebutkan." 

Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 15-16 :-

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu satu nur dari Allah dan sebuah kitab (al-Quran) yang amat jelas (15). Dengannya (kitab al-Quran) Allah memberi hidayat kepada mereka yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan kedamaian dan mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada nur yang terang-benderang dengan keizinan-Nya dan memimpin mereka ke jalan yang lurus (16).

Kekuasaan kerajaan demi kepentingan politik itulah yang menjadi matlamat ahli politik Islam atau di kenali sebagai islamis pada waktu ini. Mereka ini adalah golongan agamawan, bahkan semua yang kita ketahui mereka lebih utama mengetahui dari kita. Mereka ini hafal al-Quran dan mengingati hadis-hadis Nabi saw kemudian bernyanyi-nyanyi di khalayak awam berkata: kamu semua masuk neraka dan berdosa bagai. Mereka berjuang melalui jalan politik, bagi mereka Islam perlu menang dan di menangkan melalui jalan politk untuk memiliki kuasa pemerintahan dan menjadi kerajaan. Bertahun-tahun mereka dan aku berjuang melalui wadah politik untuk memerintah negara dengan Islam, yakni melaksanakan al-Quran dan as-Sunnah di negara yang tercinta ini dan seterusnya. Kami menyatakan dahulu kamu adalah zalim dan berdosa, namun pada hari ini kamu adalah yang baik dikalangan yang lainnya semuanya jahat. Hari ini matlamat politik telah berubah kerana Islam itu anjal dan sebagainya, namun hakikat Islam tidak pernah berubah dari dahulu, kini dan selamanya.

Kini adalah zaman yag telah di ingatkan oleh as-Syahid Syakh Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti rahimullah, beliau telah di ambil oleh Allah swt dahulu dari kita semua. "Ketika Islam Berubah Menjadi Alat Politik" maka para islamis ini telah melakukan kerosakan terhadap agama yang suci ini. Mereka para islamis ini telah berjuang kononnya demi mendaulatkan Islam di muka bumi Allah swt ini, yakni di bumi Malaysia yang amat kami cintai ini. Islam akan terlaksana jika pemerintahnya adalah beragama Islam, melaksakan politik Islam dan menjadikan Islam sebagai agenda politik di samping mempertahan Islam melalui kaedah-kaedah politik berlandaskan Islam bagai. Apa yang dinyatakan oleh beliau rahimullah:

   "Wahai hamba-hamba Allah, daku menyokong mereka yang menegah daripada Islam Siyasi (Islam Politik). Akan tetapi, hendaklah kalian ketahui, apakah yang kita maksudkan dengan Politik Islam itu? Daku maksudkan dengannya, ialah mereka menukar Islam menjadi wasilah, menjadi khadam, menjadi tangga, yang digunakan untuk sampai kepada impian politik yang pelbagai dan berbeza pula. inilah yang daku maksudkan daripada Islam Politik yang daku tegah daripadanya. Saudara-saudara itu menyangka bahawa Islam dan perlaksanaanya itu umpama aliran-aliran politik apabila ahli politik berusaha untuk melaksankannya apabila mereka menjadi pemerintah. Orang-orang Liberal melaksanakan agenda liberal mereka apabila mereka menjadi pemerintah. 

   Adakah Islam begitu juga? Daku kata: Wahai dikau, Islam ini adalah kepercayaan yang masuk ke dalam akal melalui ilmu, lalu ia (Islam) itu ialah cinta yang berjalan ke dalam hati, kerana mengagung-agungkan batas-batas Allah, cinta kepada-Nya, takut dan gerun kepada Nya  - lalu ketika itulah (apabila islam sampai ke akal dan hati_), barulah Islam akan dipraktikkan secara nescaya. Cara kepada demikian itu ialah dengan dikau masuk ke dalam dakwah kepada Allah azza wa jalla, ditengah orang ramai di atas muka bumi ini, dan tidak wajarlah untuk dikau berbicara denga mereka di atas kerusi pemerintah"

Pemerintahan itu bukanlah apa yang diperintahkan Allah untuk mereka menggapainya dan sampai kepadanya, ia adalah usaha-usaha dakwah iaitulah mereka itu turun kepada umat, kepada memahamkan umat manusia seluruhnya. Mereka ini menjadi teman berdiskusi dan mengingatkan dan duduk bersama orang-orang yang sesat. menjejak orang-orang fasik, dudk bersama mereka dan berdialog dengan mereka dengan mantik kasih, dan mantik al-ghirah (tidak inginkan saudaranya sesat). Tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya, pemerintahan itu bagi mereka setelah berjaya berjuang ia adalah sebagai peluang untuk menambah duit di poket kamu dan juga mereka semua. Mereka menjadikan hasil mahsul kerajaan sebagai harta simpanan peti besi untuk di simpan dirumah-rumah besar mereka. Menyimpan wang di bank-bank sebanyak yang boleh agar anak cucu mereka tidak miskin kemudian hari. Mereka berbelanja hingga tidak mengenail nilai dan jumlah matawang yang berbagai-bagai, mengumpulkan koleksi seperti membina muzium anak ku Sazali tidak terkira untuk di hitung berat atau bilangan kuantiti.

Kerajaan adalah suatu wasilah bagi mengembalikan manusia untuk mengenal Tuhan Pencipta sekalian alam, ia tujuan untuk melindungi fakir miskan, anak-anak yatim dan golongan susah demi meneruskan hidup di dunia ini penuh dengan pelbagai dugaan. Kerajaan itu adalah perkongsian rezeki dan kesejahteraan mereka di kalangan sesama manusia, mereka yang kaya memberi zakat dsaling bantu membantu demi menyelamatkan hidup mereka agar beriman kepada Allah swt untuk kebaikan hidup di akhirat kelak. Kepimpinan kerajaan bukan untuk dinikmati di kalangan anak beranak kamu untuk menjadi kaya hingga lupa kepada Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Mereka senang senantiasa bersama kuarga tanpa peduli jiran pon xde pasal rumah dok banglo atas bukit tempat takde orang duduk pasal dah terlampau kaya bagai. Maka tunggulah balasan Allah swt terhadap apa yang telah kamu kerjakan, semoga Allah swt terus memberikan rahmat dan keselamatan kepada kami rakyat Malaysia ini.

Isu politik negara untuk memilih Perdana Menteri ini lah yang menjadi Wawasan pada tahun 2020 sebenarnya. Mereka telah di berikan kuasa dan kekayaan namun ingin terus kekal kaya dan mem punyai pangkat la untuk di kenang bila mati nanti. Ketahuilah kamu, bahawa Allah swt berkuasa terhadap sesuatu ia merentasi antara langit dan bumi namun jawatan yang kamu cuba dapatkan sebagaimana orang lain juga berkuasa kamu juga nak memegang tampuk kekuasaan. Maka usah jadikan nafsu kamu untuk berkuasa kerana manusia itu tetap sahaja mempunyai pilihan, sudah pasti mereka tahu membuat pilihan demi kebaikan kami dan juga kuarga kami juga.



No comments:

Post a Comment

IMPLIKASI PENGELUARAN WANG KWSP

KAYA KAMU KERANA KAMI, MERANA KAMI KERANA KAMU Apa yang sebenarnya berlaku adalah kerana kekhuatiran pihak-pihak tertentu terhadap wang simp...