Saturday, October 3, 2020

KEROSAKAN TANGAN-TANGAN FASIK TERHADAP RAKYAT.

Manusia itu mempunyai satu elemen hati untuk tamak, emosi untuk marah dan kecenderungan melakukan kesilapan demi kesilapan. Setiap dari kita akan mampu untuk memilih antara jalan-jalan kebajikan dan juga jalan kerosakan. Manusia itu di ciptakan mampu untuk membuat pilihan terhadap dirinya sendiri dengan menggunakan akal yang waras serta hati yang bersih. Kita semua bukan malaikat untuk senantiasa melaksanakan segala perintah dari Allah SWT, namun di sana akan ada manusia yang memilih jalan yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad saw. 

Baginda Nabi saw telah melalui jalan-jalan dakwah yang amat sukar dan payah, akan tetapi disana ada para sahabat r.a. yang senantiasa mendapat petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:-

"Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih daripada rasul-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar."

(QS. Ali 'Imran, ayat 179

Ujian demi ujian yang telah di terima oleh Baginda Nabi saw dalam menempuhi pelbagai dugaan golongan penentang Islam sewaktu Baginda menyampaikan risalah kebenaran melalui wahyu dari Allah SWT. Maka ketika ini kami rakyat Malaysia telah di uji, bahkan seluruh dunia secara amnya menghadapi ancaman Wabak COVID-19. Manusia seluruhnya perlu patuh terhadap usaha-usaha pencegahan melalui SOP bagi menghentikan penyebaran virus ini. Di kalangan rakyat senantiasa berada dalam waspada serta memastikan tiada penyebaran serta jangkitan terhadap wabak COVID-19 ini, kita semua akan di denda dan mungkin di penjara kerana telah melanggar perintah dan undang-undang para pemerintah (ahli politik).

Apabila undang-undang hendak dilaksanakan terhadap para pemimpin negara oleh kerajaan akan ada sekatan serta halangan terhadap individu-individu yang bersalah. Mereka mengatakan "Aku ada perbezaan dengan kamu kerana aku adalah pemimpin bagi kamu." Oleh yang demikian mereka ini tidak akan BERSALAH sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Siapa yang rajin untuk mendakwa ahli politik dengan membuat laporan polis untuk membuat dakwaan terhadap mereka ini. Kita semua tidak perlu kacau hidup mereka dan mereka juga perlu berbuat perkara yang sama kepada kita. Usah kerana jawatan serta ganjaran gaji lumayan yang mereka rebutkan, tetapi mereka tidak sedar bahawa itu semua adalah ujian kepada mereka mahupun ia adalah azab untuk mereka juga.

Dalam waktu yang sama juga kedudukan kerajaan melalui pemimpin politik telah melakukan pelbagai kerosakan demi memenuhi kehendak ketamakkan hati mereka untuk terus berkuasa sambil menjadi kaya raya di pandangan masyarakat. Berkereta kesana sini menyibukkan diri dengan program rasmi serta program parti-parti politik yang mereka terlibat. 

Apakah kamu telah di uji? Kemudian aku dan kamu menghadapinya dengan sabar dan solat. Namun disana ada perkara-perkara yang bakal terjadi serta yang telah terjadi, kami menerima dugaan serta ujian tersebut dengan redha. Inshaa Allah.

Kepada siapa kita perlu memohon pertolongan oleh sebab tangan-tangan mereka yang dengki dan sakit hati. Ujian itu hadir dalam pelbagai keadaan dan tidak menentu masa, hanya kepada Allah swt kita perlu mengharapkan pertolongan. 

Allah swt yang telah menentukan sesuatu itu akan berlaku dan Allah swt juga berhak memberikan kebaikan dan malah keburukan terhadap semua ujian  itu semua kepada kami sebagai antara makhluk-makhluk-Nya.

Bersikap Adil Dalam Penguatkuasaan Undang-undang.

Dalam urusan penguatkuasaan undang-undang, Rasulullah saw amat menekankan tentang sikap adil. Pernah terjadi di zaman Rasulullah saw, seorang wanita daripada Bani Makhzum telah  melakukan kesalahan mencuri. Namun, Bani Makhzum adalah antara kabilah yang mempunyai kedudukan dan pengaruh di sisi Qurasyh. 

Tiada siapa yang berani untuk memaklumkan perkara ini kepada Rasulullah saw kerana menjaga kedudukan kumpulan manusia yang mempunyai kedudukan ini. Quraysh mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka menggunakan pendekatan memujuk dan berdiplomasi dengan Baginda Nabi saw agar melepaskan pihak yang melakukan kesalahan ini. 

Reaksi Rasulullah saw sangat teguh. Rasulullah saw marah dengan sikap tidak adil sebegini lantas menegaskan: “Apakah kamu meminta syafaat (supaya dilindungi mereka yang melakukan kesalahan) berkenaan hukuman hudud ini? Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana apabila yang mencuri itu orang berpengaruh, kamu bebaskan. Dan apabila yang mencuri itu orang yang lemah (orang biasa) maka kamu kenakan hukuman hudud terhadap mereka.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Perhatikan ketegasan sikap Baginda Nabi saw. Dari aspek penguatkuasaan Rasulullah saw tidak pernah bersikap pilih kasih. Baginda Nabi saw meneruskan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman ke atas mereka yang melakukan kesalahan tidak kira samada yang melakukan kesalahan tersebut orang yang mempunyai pangkat atau kedudukan.

Marilah kita semua bermunjat kepada Allah SWT memohon bantuan dan rahmat dari Allah SWT.

رَبَّنَاۤ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَـنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami."

(QS. Al-Kahf , ayat 10)

#kitamestitenang

No comments:

Post a Comment

IMPLIKASI PENGELUARAN WANG KWSP

KAYA KAMU KERANA KAMI, MERANA KAMI KERANA KAMU Apa yang sebenarnya berlaku adalah kerana kekhuatiran pihak-pihak tertentu terhadap wang simp...