Saturday, May 2, 2020

MEMBANGUNGUNKAN MASYARAKAT BARU BERSAMA ISLAM.

Manusia masih tercari-cari apakah yang mereka mahukan di kehidupan dunia ini, dan ketika ini dunia seluruhnya telah di kejutkan dengan virus COVID 19. Virus ini boleh menyebabkan kematian kepada mereka yang telah di jangkiti, ia adalah semata-mata hanya dengan izin Allah swt terhadap setiap makhluk-makhluk-Nya. Semua pihak di semua peringkat telah bertindak secara waspada terhadap penyebaran wabak COVID 19 ini, ia telah di mulakan dari sebuah daerah WUHAN di China. Wuhan adalah sebuah daerah yang begitu besar, kerajaan China telah membina segala bentuk kemajuan material yang terbaik pernah di cipta di sekitar bandar-bandar di Wuhan.

Jalanraya yang telah menghubung dua buah bukit yang tinggi melalui jalanraya yang bertingkat-tingkat bagi mereka yang mahu datang kebandar Wuhan. Inilah ciptaan manusia yang tidak bertuhan, mereka mencipta kemajuan cuba mengalahkan tuhan, bagi mereka, manusia juga boleh membina serta mengadakan sesuatu yang luar biasa bagi pandangan sesama mereka sebagai manusia, kemajuan keduniaan yang di lebih dikejar dan dibanggakan. Sesungguhnya semua perkara adalah dari ciptaan Tuhan yakni Allah swt, Maha Pencipta malah Maha Pemurah berkuasa segala yang di langit dan juga di bumi.

Sebagaimana sebuah hadith Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

   "Anas r.a. berkata:"Kami bersama-sama Rasulullah saw pernah di timpa hujan, lalu Rasulullah saw menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya). Kami bertanya: Wahai Rasulullah saw, kenapa engkau lakukan hal ini. Baginda saw menjawab: Kerana ia adalah makhluk Allah swt, baru ciptakan."

    (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Istisqa no. 898)

Maka, sebagai manusia wajib beriman kepada Tuhan, Maha Pencipta yakni Allah  swt, namun di sana akan tetap ada mereka-mereka yang engkar akan segala perintah sama ada larangan dan juga suruhan dari Allah swt mahupun dari Baginda Nabi Muhammad saw. Hakikat ini menyebabkan mereka mencari-cari kebahagiaan keduniaan atau kebahagiaan yang berkekalan di akhirat kelak. Kemajuan teknologi dan perubatan yang pada mereka menemui kejayaan demi kejayaan. Merawat serta mampu untuk membunuh ia adalah suatu perkara yang berlaku hanya dengan izin dari Allah swt.

Begitu juga halnya terdapat manusia yang pelbagai dari segi bahasa, bangsa serta warna kulit hasil daripada ciptaan Allah swt, mereka masih tercari-cari siapa yang terbaik di kalangan mereka. Masih cuba terus bunuh membunuh demi mahukan kesenangan hidup di dunia ini semata. Panduan hidup manusia di dunia ini adalah Syari'ah, yang secara harfiah bermaksud 'jalan yang jelas'. Ini adalah jalan yang manusia wajib tempuhi, di dalam ajaran Islam mereka mesti berjalan sambil berusaha dan terus berusaha untuk meraih ganjaran pahala dari Penciptanya. Inilah kerinduan yang mendalam untuk mencari Tuhan. Disamping syari'ah yang diterjemahkan menjadi langkah-langkah kongkrit dan khusus di jalan hidup yakni syariat melalui baginda Nabi Muhammad saw. Syari'ah adalah untuk seluruh manusia - dalam dan luar, individu dan korporat - ketika dia berusaha untuk hidup dengan kehendak satu-satunya Tuhannya.

Untuk memenuhi matlamat penciptaannya dengan berjaya: bagaimana untuk mengaitkan dirinya dengan Penciptanya, kepada diri sendiri, kepada sesama manusia dan kepada segalanya serta makluk untuk menolongnya. Kepada-Nya sahaja kita semua mesti berpaling untuk mencari bimbingan kerana tidak ada seorang pun dari atau selain DIA yang benar-benar dapat memberikan jawapan kepada setiap soalan-soalan yang pasti oleh semua manusia atau ia mampu untuk membimbingnya.

Nabi Muhammad saw itu sendiri bukan hanya tukang pos yang menyampaikan Kitab Allah dan kemudia hilang. Bertindak di bawah bimbingan Ilahi, dia bukan sahaja menyampaikn mesej, tetapi melancarkan pergerakan. Dia mengubah manusia dan masyarakat; mengasaskan komuniti; menubuhkan negara; dan membelanjakan setiap masa kehidupannya dalam membimbing, mengarahkan dan memimpin pengikutnya. Contoh hidupnya yang senantiasa hidup dengan bimbingan Allah swt, yang terdiri dari apa yang dia lakukan atau katakan atau luluskan, ia adalah as-Sunnah, ia adalah sumber kedua dari syari'ah. Kuasa as-Sunnah teguh berakar dari al-Quran dan dalam consessus para-para ulama yang ikhlas berterusan menurut sejarah Islam.

Surah al-A'raf ayat 54 yang bermaksud:

  "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan cepat dan menciptakan matahari, bulan dan bintang, semuanya tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah bahawa Dialah yang menerajui urusan penciptaan dan tentadbiran alambuana, Maha Berkatlah Allah yang memelihara semesta alam."

Manusia tidak berakalkah mereka kerana tidak menerima hakikat Tuhan itu Maha Kuasa, mereka tidak menerima akan hakikat bahawa Allah swt berhak untuk memberi dan juga menarik sesuatu yang telah berlaku kepada kehidupan manusia seluruhnya. Mereka tidak menerima petunjuk dari Allah swt melalui sunnah Nabi Muhammad saw, maka mereka ini akan menuju ke neraka di akhirat kelak, itu adalah janji Allah swt yang telah mencipta Syurga bagi yang beriman dan Neraka bagi mereka yang  kafir.

   "Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan. Dan Kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar"

                                                                                (QS: al-Anfaal: 29)

Hakikat akhir zaman menjadi dendangan para-para ustaz untuk melariskan suara-suara merdu mereka menyampaikan perkara yang berlaku di akhir zaman ini. Perkara yang berlaku pada akhir zaman tidak di ketahui oleh Rasulullah saw berkenaan dengan keadaan berlaku pada akhir zaman. Kita semua tidak wajar di tipu oleh pelbagai mitos kejadian aneh yang terjadi semuanya adalah hanya dengan izin Allah swt. Tidak perlu kita beriltizam dengan cerita-cerita mereka yang suka mereka-reka cerita, mereka menyanyikan lagu-lagu raya sakan demi menutup keaiban manusia terhadap kejadian yang akan berlaku pada akhir zaman. Terdapat para peramal akan berlakunya jatuhan meteor dari langit bagai.

Dari Sahabat Abu Dzar ra, dia berkata:

     "Aku bersama Nabi suatu hari dan mendengar beliau bersabda:"Ada hal yang aku takutkan pada umatku melebihi dajjal."Yaa Rasulullah apa itu...?Beliau bersabda Ulama yang sesat lagi menyesatkan."
(Musnad Ahmad (5/145)) no 21334/21335

Bangsa-bangsa di atas dunia berselisih antara satu sama lain, dan masing-masing memukul yang lain hanya untuk menjaga kepentingan nasionalnya (bangsanya) Sehingga tidak hanya terbatas pada pemerintahan (kerajaan) antara pemimpin nasional, tetapi juga telah mempertegang hubungan antara orang-perorang. Bangsa-bangsa berbaris untuk menentang bangsa-bangsa lain. Golongan-golongan di dalam masyarakat saling membunuh. Orang-orang bertindak sebagai musuh keras orang lain.

Ketahuilah, Allah swt yang menciptakan alam nyata yang besar dan gemilang ini, yang menguasai, mentadbir dan mengendalikan alam buana dengan perencanaan-Nya yang rapi, yang melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan pantas dan silih berganti dalam suatu peredaran yang berterusan, di mana malam mengejar siang dan siang mengejar malam. Allah swt yang menciptakan matahari, bulan dan bintang-bintang yang patuh kepada perintah-Nya, Allah swt yang mencipta dan menguasai, mengendali dan mentadbirkan segala urusan semesta alam itu adalah Tuhan kamu. Dia satu-satunya yang layak menjadi Tuhan kamu yang sanggup mendidik kamu dengan agama, menghimpun dan menyatupadukan kamu dengan peraturan-peraturan, mengadakan undang-undang untuk kamu dengan keizinan-Nya dan mengadili kamu dengan syariat-Nya,. Dialah satu-satunya Tuhan yang menerajui penciptaan dan pengurusan alam buana. Tiada pencipta yang lain bersama-Nya dan tiada pemerintah yang lain bersama-Nya.

  "Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan bagi-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"

(QS:at-Taubah ayat 39)

  "Katakanlah: Jika bapak-bapak , anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keuargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan kamu khuatir kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu sukai daripada Allah dan rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalann-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."

(QS:at-Taubah ayat : 24)

Hidayah adalah milik Allah swt yang akan menentukan siapa yang akan menerima serta mentaati, namun sebagai manusia yang telah beriman, adakah kita telah melakukan usaha-usaha berdakwah kepada manusia yang belum beriman. Perjuangan dalam menyampaikan kebaikan Islam bukan semata-mata Solat, puasa dan haji pada pandangan mereka yang kafir, tetapi ia adalah jalan-jalan dakwah berhikmah dengan menjadikan Baginda Nabi Muhammad saw sebagai panduan dalam menyampaikan dakwah. Akhlak adalah merupakan ciri utama manusia dapat menerima ajaran Islam, sebagaimana yang telah di anjurkan oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat r.a. terhadap manusia pada zaman jahiliah dahulu dan ia akan berterusan hingga ke hari kiamat nanti.

Islam bukan sekadar menyampaikan ceramah serta pidato, ia adalah amal dan ikhlas maka disitu akan ada jalan hidayah melalui kita jika ia menuruti ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Manusia itu ada bodoh serta pandai dan baik mahupun jahat, tetapi bukan kita yang menentukan siapa yang akan ke syurga atau neraka. Kejian serta cemuhan mereka golongan kafir itu tidak akan merosakkan diri kita yang benar-benar ikhlas melakukan usaha-usaha dakwah dan amal islami, mereka lah kelak yang akan rugi jika tiada hidayah dan petunjuk dari Allah swt untuk beriman kepada Allah swt dan baginda Nabi Muhammad saw.

   "Dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka dan janganlah engkau merasa bosan terhadap tipu daya yang dirancangkan mereka"

(QS: an-Naml ayat: 70)

IMPLIKASI PENGELUARAN WANG KWSP

KAYA KAMU KERANA KAMI, MERANA KAMI KERANA KAMU Apa yang sebenarnya berlaku adalah kerana kekhuatiran pihak-pihak tertentu terhadap wang simp...