Monday, April 2, 2018

Dakwah Kewangan Islam, bebaskan RIBA!

"Sesungguhnya kamu telah didatangi seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri. Ia sangat perihatin terhadap segala kesusahan yang di alami oleh kamu dan ia begitu perihatin terhadap kamu dan ia amat sayang dan kasihan belas terhadap para Mu'minin (128). Dan jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : Cukuplah Allah menjadi Perlindungku, tiada Tuhan selain Dia. Kepada-Nya aku berserah dan Dia Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung" (129)
Surah at-Taubah ayat 128-129

Di sana terbentang luas jurang yang amat luas antara feqah pergerakan dan feqah lembaran-lembaran kitab. Karena feqah lembaran-lembaran kitab mengabaikan pergerakan dan kehendak-kehendaknya dari perhitungannya kerana ia tidak mengamal dan menghayatinya, sedangkan feqah pergerakan melihat Islam menghadapi jahiliyah selangkah demi selangkah, peringkat demi peringkat, situasi demi situasi. Ia melihat Islam mengatur peraturan-peraturannya ketika menghadapi realiti yang bergerak itu, iaitu sesuai dan dapat menguasai dengan realiti itu, juga berubah-ubah mengikut perubahan realiti.

Sebahagian mufassirin menafsirkan perkataan "rasulun min anfusikum" dengan hadis:

     Artinya: Bersabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya Allah telah memilih Bani  Kinanah dari keturunan Ismail, dan memilih suku Quraisy dari Bani Kinanah, dan memilih Bani Hasyim dari suku Quraisy, dan Allah telah memilihku dari Bani Hasyim." 
(H.R. Muslim dan Tirmizi dari Wasilah bin Asqa')

Dari ayat dan hadis di atas dapat difahami tentang kesucian keturunan Nabi Muhammad saw yang berasal dari suku-suku pilihan dari suku-suku bangsa Arab. Dan orang-orang Arab mengetahui benar tentang hal ini. Nabi Muhammad saw berasal dari keturunan orang-orang yang baik dan terhormat. Mempunyai sifat-sifat yang tinggi dan agung pula, iaitu:

1. Dia merasa tidak senang jika umatnya ditimpa sesuatu yang tidak diingini, seperti di timpa kehinaan kerana dikuasai oleh sistem kewangan kapitalis yang melibatkan RIBA!

2. Sangat menginginkan agar umatnya mendapat taufik dari Allah, bertambah kuat imannya dan bertambah baik keadaannya.

3. Sangat belas kasihan dan amat penyayang kepada kaum muslimin. Keinginanya ini tanpak pada tujuan risalah yang disampaikannya, yaitu agar manusia hidup berbahagia di dunia dan di akhirat nanti. Dalam ayat ini Allah memberikan dua macam sifat kepada Nabi Muhammad saw yang kedua sifat itu merupakan sifat-Nya sendiri, termasuk di antara "asmaulhusna", yaitu sifat  "rauf" (amat belas kasihan) dan sifat "rahim" (penyayang) sebagai tersebut dalam firman-Nya di dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud: 

   "Sesunguhnya Allah benar-benar amat Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."

Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN) akan melaksanakan tugas-tugas dakwah kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah akan berkembang ke peringkat Nusantara dengan memperkenalkan konsep kewangan Islam yang bersih dari unsur RIBA!. Kita boleh menyatakan bahawa dunia komersil hari ini bukan sahaja di Malaysia malah ia didominasi oleh sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan RIBA!. Oleh itu, amalan kewangan seperti contoh insurans adalah tidak terkecuali. Seperti fenomena menjadi lebih berbahaya di mata syariah, di mana RIBA! dilarang dengan tegas dan menganggap urus niaga asas RIBA! tidak sah.

"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Surah al-Baqarah ayat 275

Didalam apa-apa jenis sistem kewangan islam seperti insurans am, permium dibayar dianggap sebagai tabaru (derma) kepada polisi jaminan bersama, oleh itu pemegang polisi mungkin tidak mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran balik premium berbayar melainkan risiko atau kerugian yang tidak dijangka berlaku pada perkara itu.

Walau bagaimanapun, dalam dasar umum, syarikat itu boleh menyediakan pemegang polisi (diinsuranskan) dengan bonus tidak ada tuntutan (NCB) mengikut dasar syarikat. dalam satu polisi hayat, di sisi lain, adalah dicadangkan bahawa manfaat, sekiranya kematian yang terjamin berlaku sebelum kematangan polisi, harus memegang hak untuk menuntut premium berbayar, bahagian keuntungan yang dibuat premium berbayar, dividen dan apa yang sebagainya.

Sehubungan dengan itu, kami melaksanakan Dakwah Ekonomi melalui kaedah Kewangan Islam yang berusaha untuk menghapuskan amalan RIBA! di kalangan umat Islam di Malaysia, kemudian akan berkembang terus ke seluruh nusantara. Inshaa Allah. Kami akan menyebarkan salam kepada umat Islam yang pada keseluruhan rakyat Malaysia yang berjumlah lebih dari 25 juta orang penduduk. Sasaran kami adalah sekadar 3.2juta umat Islam yang akan bersama-sama kami dalam mencari keredhaan Allah swt. Kami semua akan mendakwahkan kepada umat, bahawa hentikanlah amalan kewangan yang mempunyai RIBA! didalamnya, agar segala keberkatan yang akan turun dari langit akan dapat dinikmati oleh manusia, bahkan kepada seluruh penduduk bumi. Islam adalah rahmat untuk sekalian alam.


Di sana pasti ada ujian dan tribulasi dari pelbagai pihak yang akan terus menerus mencemuh amalan kewangan Islam, maka marilah kita bersatu wahai umat Islam di Malaysia secara khusus agar kita berada selain dari 72 golongan yang sesat dan menyesatkan. Yakinlah bahawa kita berada pada golongan yang satu dan akan menyatukan semua 72 golongan sesat tadi agar kembali kepada ajaran Syariat Islam. Sesungguhnya kita semua perlu yakin bahawa dengan menyelesaikan hutang-piutang dengan pihak-pihak kapitalis yang menjadikan RIBA! sebagai sistem yang menekan dan menindas umat Islam selama ini. Mari kita semua bebaskan belenggu hutang yang selama ini telah mengikat kita dengan menggunakan sistem yahudi, agar kembali kepada ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.


segala kebaikan hanya dari Allah SWT dan semua kelemahan diri sendiri.



No comments:

Post a Comment

IMPLIKASI PENGELUARAN WANG KWSP

KAYA KAMU KERANA KAMI, MERANA KAMI KERANA KAMU Apa yang sebenarnya berlaku adalah kerana kekhuatiran pihak-pihak tertentu terhadap wang simp...