Friday, June 19, 2020

ISLAM ITU BUKAN KAMU YANG BERPOLITIK!

Assalamualaikum wrt wbt...

Segala puji hanya untuk Allah swt Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan itu hanyalah milik Allah swt. Manusia tiada yang sempurna selain dari Baginda Nabi Muhammad saw maka manusia yang selainnya memiliki pelbagai kekurangan dan kelemahan.

Di kebanyakkan negara didunia kini telah mengalami suatu keadaan yang tidak pernah di duga oleh akal fikiran mereka sebagai manusia. Kerana semuanya yang berlaku adalah bukti kekuasaan Allah swt terhadap sekalian makluk-Nya yang berada di langit dan juga di bumi. COVID19 adalah suatu keadaan di mana semua ketua-ketua negara berada dalam kegusaran dalam menghadapi wabak covid19 di negara mereka dan kuarga mereka semata. Negara kita Malaysia juga telah mengalami keadaan sukar dan banyak tenaga dan usaha telah dilakukan demi melindungi rakyat dan negara agar senantiasa berada dalam perlindungan Allah swt. Pelbagai pihak telah berusaha melakukan segala kebaikan demi untuk keselamatan dan kesejahteraan semua pihak di pelbagai peringkat tidak kira bangsa dan agama. Masing-masing berusaha melakukan amal kebaikan dan kebajikan, dan kita memohon kepada Allah swt agar memberi taufik dan inayah-Nya kepada mereka yang telah banyak berjasa pada tanah air.

Khutbah yang telah disampaikan oleh Syakh Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti rahimullah pada 7 Disember 2012 yang telah lalu yang bertajuk "Ketika Islam berubah menjadi alat Politik". Beliau telah menyatakan

    "Bagaimana (mereka) mempermainkan Shari'at dan hukum-hakam Allah, apabila Islam dijadikan tangga kepada politik, dan cara untuk mencapai tujuan politik?! Betapa banyak sudahlah hukum-hakam yang disokong oleh islamis ini, yang mana fuqaha Islam bersepakat akan haramnya tindak tanduk tersebut, dan batilnya akujanji itu. Sementara pada hari ini, kita memasang telinga kepada pendirian mereka terhadap fatwa-fatwa pengharaman,  kebatilan dan larangan yang pernah mereka sokong fuqaha Shariat Islam dahulunya; pada hari ini, merekalah yang berfatwa menghalalkannya, dan berfatwa bahawa ia sahih serta harus pula.

    Lalu kita tertanya-tanya; adakah dalil yang tersembunyi daripada kalian kelmarinnya, lalu kalian tahu pula pada hari ini, lalu kalian menukar hukumnya? Tidak. Hukum itu itulah juga (kekal), dalilnya itu itulah juga (kekal), akan tetapi Malslahat Siyasiyyah / kepentingan politiklah yang berubah. Kepentingan politiklah yang menuntut agar patuh kepada apa yang dikatakan para fuqaha tentang hukum perkara-perkara itu - yang tidak ingin daku sebutkan." 

Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 15-16 :-

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu satu nur dari Allah dan sebuah kitab (al-Quran) yang amat jelas (15). Dengannya (kitab al-Quran) Allah memberi hidayat kepada mereka yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan kedamaian dan mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada nur yang terang-benderang dengan keizinan-Nya dan memimpin mereka ke jalan yang lurus (16).

Kekuasaan kerajaan demi kepentingan politik itulah yang menjadi matlamat ahli politik Islam atau di kenali sebagai islamis pada waktu ini. Mereka ini adalah golongan agamawan, bahkan semua yang kita ketahui mereka lebih utama mengetahui dari kita. Mereka ini hafal al-Quran dan mengingati hadis-hadis Nabi saw kemudian bernyanyi-nyanyi di khalayak awam berkata: kamu semua masuk neraka dan berdosa bagai. Mereka berjuang melalui jalan politik, bagi mereka Islam perlu menang dan di menangkan melalui jalan politk untuk memiliki kuasa pemerintahan dan menjadi kerajaan. Bertahun-tahun mereka dan aku berjuang melalui wadah politik untuk memerintah negara dengan Islam, yakni melaksanakan al-Quran dan as-Sunnah di negara yang tercinta ini dan seterusnya. Kami menyatakan dahulu kamu adalah zalim dan berdosa, namun pada hari ini kamu adalah yang baik dikalangan yang lainnya semuanya jahat. Hari ini matlamat politik telah berubah kerana Islam itu anjal dan sebagainya, namun hakikat Islam tidak pernah berubah dari dahulu, kini dan selamanya.

Kini adalah zaman yag telah di ingatkan oleh as-Syahid Syakh Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti rahimullah, beliau telah di ambil oleh Allah swt dahulu dari kita semua. "Ketika Islam Berubah Menjadi Alat Politik" maka para islamis ini telah melakukan kerosakan terhadap agama yang suci ini. Mereka para islamis ini telah berjuang kononnya demi mendaulatkan Islam di muka bumi Allah swt ini, yakni di bumi Malaysia yang amat kami cintai ini. Islam akan terlaksana jika pemerintahnya adalah beragama Islam, melaksakan politik Islam dan menjadikan Islam sebagai agenda politik di samping mempertahan Islam melalui kaedah-kaedah politik berlandaskan Islam bagai. Apa yang dinyatakan oleh beliau rahimullah:

   "Wahai hamba-hamba Allah, daku menyokong mereka yang menegah daripada Islam Siyasi (Islam Politik). Akan tetapi, hendaklah kalian ketahui, apakah yang kita maksudkan dengan Politik Islam itu? Daku maksudkan dengannya, ialah mereka menukar Islam menjadi wasilah, menjadi khadam, menjadi tangga, yang digunakan untuk sampai kepada impian politik yang pelbagai dan berbeza pula. inilah yang daku maksudkan daripada Islam Politik yang daku tegah daripadanya. Saudara-saudara itu menyangka bahawa Islam dan perlaksanaanya itu umpama aliran-aliran politik apabila ahli politik berusaha untuk melaksankannya apabila mereka menjadi pemerintah. Orang-orang Liberal melaksanakan agenda liberal mereka apabila mereka menjadi pemerintah. 

   Adakah Islam begitu juga? Daku kata: Wahai dikau, Islam ini adalah kepercayaan yang masuk ke dalam akal melalui ilmu, lalu ia (Islam) itu ialah cinta yang berjalan ke dalam hati, kerana mengagung-agungkan batas-batas Allah, cinta kepada-Nya, takut dan gerun kepada Nya  - lalu ketika itulah (apabila islam sampai ke akal dan hati_), barulah Islam akan dipraktikkan secara nescaya. Cara kepada demikian itu ialah dengan dikau masuk ke dalam dakwah kepada Allah azza wa jalla, ditengah orang ramai di atas muka bumi ini, dan tidak wajarlah untuk dikau berbicara denga mereka di atas kerusi pemerintah"

Pemerintahan itu bukanlah apa yang diperintahkan Allah untuk mereka menggapainya dan sampai kepadanya, ia adalah usaha-usaha dakwah iaitulah mereka itu turun kepada umat, kepada memahamkan umat manusia seluruhnya. Mereka ini menjadi teman berdiskusi dan mengingatkan dan duduk bersama orang-orang yang sesat. menjejak orang-orang fasik, dudk bersama mereka dan berdialog dengan mereka dengan mantik kasih, dan mantik al-ghirah (tidak inginkan saudaranya sesat). Tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya, pemerintahan itu bagi mereka setelah berjaya berjuang ia adalah sebagai peluang untuk menambah duit di poket kamu dan juga mereka semua. Mereka menjadikan hasil mahsul kerajaan sebagai harta simpanan peti besi untuk di simpan dirumah-rumah besar mereka. Menyimpan wang di bank-bank sebanyak yang boleh agar anak cucu mereka tidak miskin kemudian hari. Mereka berbelanja hingga tidak mengenail nilai dan jumlah matawang yang berbagai-bagai, mengumpulkan koleksi seperti membina muzium anak ku Sazali tidak terkira untuk di hitung berat atau bilangan kuantiti.

Kerajaan adalah suatu wasilah bagi mengembalikan manusia untuk mengenal Tuhan Pencipta sekalian alam, ia tujuan untuk melindungi fakir miskan, anak-anak yatim dan golongan susah demi meneruskan hidup di dunia ini penuh dengan pelbagai dugaan. Kerajaan itu adalah perkongsian rezeki dan kesejahteraan mereka di kalangan sesama manusia, mereka yang kaya memberi zakat dsaling bantu membantu demi menyelamatkan hidup mereka agar beriman kepada Allah swt untuk kebaikan hidup di akhirat kelak. Kepimpinan kerajaan bukan untuk dinikmati di kalangan anak beranak kamu untuk menjadi kaya hingga lupa kepada Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Mereka senang senantiasa bersama kuarga tanpa peduli jiran pon xde pasal rumah dok banglo atas bukit tempat takde orang duduk pasal dah terlampau kaya bagai. Maka tunggulah balasan Allah swt terhadap apa yang telah kamu kerjakan, semoga Allah swt terus memberikan rahmat dan keselamatan kepada kami rakyat Malaysia ini.

Isu politik negara untuk memilih Perdana Menteri ini lah yang menjadi Wawasan pada tahun 2020 sebenarnya. Mereka telah di berikan kuasa dan kekayaan namun ingin terus kekal kaya dan mem punyai pangkat la untuk di kenang bila mati nanti. Ketahuilah kamu, bahawa Allah swt berkuasa terhadap sesuatu ia merentasi antara langit dan bumi namun jawatan yang kamu cuba dapatkan sebagaimana orang lain juga berkuasa kamu juga nak memegang tampuk kekuasaan. Maka usah jadikan nafsu kamu untuk berkuasa kerana manusia itu tetap sahaja mempunyai pilihan, sudah pasti mereka tahu membuat pilihan demi kebaikan kami dan juga kuarga kami juga.



Monday, June 1, 2020

Diaorang jual di tempat kita.....

#kitamestitenang

Tidak mengapa Nasa, (nama member) sekecil-kecil  jihad hanya dengan niat di hati demi menentang kemungkaran pada tahap selemah-lemah iman. Memang kita tidak mampu menangani semua perkara, namun sekurang-kurangnya apabila kita berada di sana (akhirat) nanti kita berlepas diri. Di Kampong Pandan, tempat kami di sini pernah buat bantahan terhadap penjualan arak di kedai serbaneka bagai. Pihak Ahli Jawatan Kuasa masjid dan seluruh ahli kariah menandatangani surat bantahan dan surat tersebut di hantar ke (PBT) seterusnya hantar ke majlis tempatan dan kedai-kedai serbaneka itu sendiri.

Alhamdulillah. Mereka tidak pon menjual arak.  Tetapi selepas 2 tahun mereka menjual, pintu peti ais di gelapkan cerminnya (tinted) pulak. Mereka akan cuba ikut mana cara sekali pun untuk jual apa yang boleh di jual, jadi memang tidak akan boleh nak hapuskan arak beratus tahun dan seluruh negara Islam menentang arak, namun tetap ada jugak.

Aku nak kata mereka terima rasuah tidak berani nak hokum. Cuma siapa pun yang memerintah, kerajaan terikat untuk mendapat faedah cukai hasil jualan arak kepada mereka dan keluarga mereka.
Kalau syarat pemohon dan segala maklumat semuanya lengkap dan cukup maka para penjual arak ini boleh di benarkan menambah bekalan stok mereka yang kehabisan. Makan di pihak PBT, mereka ini juga terpaksa luluskan jugak permohonan bekalan arak di dalam pasaran semasa mengikut harga cukai yang tinggi bagai.

Kita jaga tempat kita, (#kitajagakita) di kampong, di taman-taman, di flat-flat, dan dimana jua mereka berada sama ada didarat, di laut dan juga diudara (Angkatan Tentera Di Raja). Jika tempat kita ramai muslim tiada alasan  untuk mereka ini menunggang arak kesana sini konon keciwa bercinta, kalah judi ker yob lalu kamu menunggang arak sehingga menyebabkan orang lain yang terlibat kemalangan akibat keBODOHan arak yang merosakkan.

Bagaimana kamu dan mereka semua untuk tidak menunggang arak dan terlibat dalam kemalangan memandu di jalanraya. Manusia antara lain mempunyai nilai jiwa sebagai manusia, mereka ada yang beriman dan juga kafir. Oleh itu jangan jadikan arak untuk alat membunuh secara senyap dengan keuntungan kutipan cukai yang kaya-raya. 

Namun di sana ada nyawa manusia yang terkorban dan malah berkorban untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang tidak memilih Islam yang menghalang hasil jualan arak dan juga akibat yang berlaku dari penjualan arak kepada masyarakat. Kami akan berusaha untuk membantah terhadap aktiviti penjualan arak kepada masyarakat di merata-rata tempat lalu berkeliaran memandu kenderaan dan kemudian membunuh di jalanraya. Apakah undang-undang yang mereka gunakan sebagai hukuman yang agak setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan.

Bagaimana perbicaraan berjalan serta hujah-hujah melepas dan membebaskan mereka membunuh satu nyawa pengundi yang berdaftar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPM), apakah hakim menjatuhkan hukuman setimpal dengan apa yang telah mereka dan keluarga mereka lakukan. Dosa-dosa siapakah yang terlibat akibat dari kerosakan arak pada masyarakat keseluruhannya. 

mereka jual kat tempat kita....




Saturday, May 2, 2020

MEMBANGUNGUNKAN MASYARAKAT BARU BERSAMA ISLAM.

Manusia masih tercari-cari apakah yang mereka mahukan di kehidupan dunia ini, dan ketika ini dunia seluruhnya telah di kejutkan dengan virus COVID 19. Virus ini boleh menyebabkan kematian kepada mereka yang telah di jangkiti, ia adalah semata-mata hanya dengan izin Allah swt terhadap setiap makhluk-makhluk-Nya. Semua pihak di semua peringkat telah bertindak secara waspada terhadap penyebaran wabak COVID 19 ini, ia telah di mulakan dari sebuah daerah WUHAN di China. Wuhan adalah sebuah daerah yang begitu besar, kerajaan China telah membina segala bentuk kemajuan material yang terbaik pernah di cipta di sekitar bandar-bandar di Wuhan.

Jalanraya yang telah menghubung dua buah bukit yang tinggi melalui jalanraya yang bertingkat-tingkat bagi mereka yang mahu datang kebandar Wuhan. Inilah ciptaan manusia yang tidak bertuhan, mereka mencipta kemajuan cuba mengalahkan tuhan, bagi mereka, manusia juga boleh membina serta mengadakan sesuatu yang luar biasa bagi pandangan sesama mereka sebagai manusia, kemajuan keduniaan yang di lebih dikejar dan dibanggakan. Sesungguhnya semua perkara adalah dari ciptaan Tuhan yakni Allah swt, Maha Pencipta malah Maha Pemurah berkuasa segala yang di langit dan juga di bumi.

Sebagaimana sebuah hadith Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

   "Anas r.a. berkata:"Kami bersama-sama Rasulullah saw pernah di timpa hujan, lalu Rasulullah saw menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya). Kami bertanya: Wahai Rasulullah saw, kenapa engkau lakukan hal ini. Baginda saw menjawab: Kerana ia adalah makhluk Allah swt, baru ciptakan."

    (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Istisqa no. 898)

Maka, sebagai manusia wajib beriman kepada Tuhan, Maha Pencipta yakni Allah  swt, namun di sana akan tetap ada mereka-mereka yang engkar akan segala perintah sama ada larangan dan juga suruhan dari Allah swt mahupun dari Baginda Nabi Muhammad saw. Hakikat ini menyebabkan mereka mencari-cari kebahagiaan keduniaan atau kebahagiaan yang berkekalan di akhirat kelak. Kemajuan teknologi dan perubatan yang pada mereka menemui kejayaan demi kejayaan. Merawat serta mampu untuk membunuh ia adalah suatu perkara yang berlaku hanya dengan izin dari Allah swt.

Begitu juga halnya terdapat manusia yang pelbagai dari segi bahasa, bangsa serta warna kulit hasil daripada ciptaan Allah swt, mereka masih tercari-cari siapa yang terbaik di kalangan mereka. Masih cuba terus bunuh membunuh demi mahukan kesenangan hidup di dunia ini semata. Panduan hidup manusia di dunia ini adalah Syari'ah, yang secara harfiah bermaksud 'jalan yang jelas'. Ini adalah jalan yang manusia wajib tempuhi, di dalam ajaran Islam mereka mesti berjalan sambil berusaha dan terus berusaha untuk meraih ganjaran pahala dari Penciptanya. Inilah kerinduan yang mendalam untuk mencari Tuhan. Disamping syari'ah yang diterjemahkan menjadi langkah-langkah kongkrit dan khusus di jalan hidup yakni syariat melalui baginda Nabi Muhammad saw. Syari'ah adalah untuk seluruh manusia - dalam dan luar, individu dan korporat - ketika dia berusaha untuk hidup dengan kehendak satu-satunya Tuhannya.

Untuk memenuhi matlamat penciptaannya dengan berjaya: bagaimana untuk mengaitkan dirinya dengan Penciptanya, kepada diri sendiri, kepada sesama manusia dan kepada segalanya serta makluk untuk menolongnya. Kepada-Nya sahaja kita semua mesti berpaling untuk mencari bimbingan kerana tidak ada seorang pun dari atau selain DIA yang benar-benar dapat memberikan jawapan kepada setiap soalan-soalan yang pasti oleh semua manusia atau ia mampu untuk membimbingnya.

Nabi Muhammad saw itu sendiri bukan hanya tukang pos yang menyampaikan Kitab Allah dan kemudia hilang. Bertindak di bawah bimbingan Ilahi, dia bukan sahaja menyampaikn mesej, tetapi melancarkan pergerakan. Dia mengubah manusia dan masyarakat; mengasaskan komuniti; menubuhkan negara; dan membelanjakan setiap masa kehidupannya dalam membimbing, mengarahkan dan memimpin pengikutnya. Contoh hidupnya yang senantiasa hidup dengan bimbingan Allah swt, yang terdiri dari apa yang dia lakukan atau katakan atau luluskan, ia adalah as-Sunnah, ia adalah sumber kedua dari syari'ah. Kuasa as-Sunnah teguh berakar dari al-Quran dan dalam consessus para-para ulama yang ikhlas berterusan menurut sejarah Islam.

Surah al-A'raf ayat 54 yang bermaksud:

  "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan cepat dan menciptakan matahari, bulan dan bintang, semuanya tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah bahawa Dialah yang menerajui urusan penciptaan dan tentadbiran alambuana, Maha Berkatlah Allah yang memelihara semesta alam."

Manusia tidak berakalkah mereka kerana tidak menerima hakikat Tuhan itu Maha Kuasa, mereka tidak menerima akan hakikat bahawa Allah swt berhak untuk memberi dan juga menarik sesuatu yang telah berlaku kepada kehidupan manusia seluruhnya. Mereka tidak menerima petunjuk dari Allah swt melalui sunnah Nabi Muhammad saw, maka mereka ini akan menuju ke neraka di akhirat kelak, itu adalah janji Allah swt yang telah mencipta Syurga bagi yang beriman dan Neraka bagi mereka yang  kafir.

   "Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan. Dan Kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar"

                                                                                (QS: al-Anfaal: 29)

Hakikat akhir zaman menjadi dendangan para-para ustaz untuk melariskan suara-suara merdu mereka menyampaikan perkara yang berlaku di akhir zaman ini. Perkara yang berlaku pada akhir zaman tidak di ketahui oleh Rasulullah saw berkenaan dengan keadaan berlaku pada akhir zaman. Kita semua tidak wajar di tipu oleh pelbagai mitos kejadian aneh yang terjadi semuanya adalah hanya dengan izin Allah swt. Tidak perlu kita beriltizam dengan cerita-cerita mereka yang suka mereka-reka cerita, mereka menyanyikan lagu-lagu raya sakan demi menutup keaiban manusia terhadap kejadian yang akan berlaku pada akhir zaman. Terdapat para peramal akan berlakunya jatuhan meteor dari langit bagai.

Dari Sahabat Abu Dzar ra, dia berkata:

     "Aku bersama Nabi suatu hari dan mendengar beliau bersabda:"Ada hal yang aku takutkan pada umatku melebihi dajjal."Yaa Rasulullah apa itu...?Beliau bersabda Ulama yang sesat lagi menyesatkan."
(Musnad Ahmad (5/145)) no 21334/21335

Bangsa-bangsa di atas dunia berselisih antara satu sama lain, dan masing-masing memukul yang lain hanya untuk menjaga kepentingan nasionalnya (bangsanya) Sehingga tidak hanya terbatas pada pemerintahan (kerajaan) antara pemimpin nasional, tetapi juga telah mempertegang hubungan antara orang-perorang. Bangsa-bangsa berbaris untuk menentang bangsa-bangsa lain. Golongan-golongan di dalam masyarakat saling membunuh. Orang-orang bertindak sebagai musuh keras orang lain.

Ketahuilah, Allah swt yang menciptakan alam nyata yang besar dan gemilang ini, yang menguasai, mentadbir dan mengendalikan alam buana dengan perencanaan-Nya yang rapi, yang melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan pantas dan silih berganti dalam suatu peredaran yang berterusan, di mana malam mengejar siang dan siang mengejar malam. Allah swt yang menciptakan matahari, bulan dan bintang-bintang yang patuh kepada perintah-Nya, Allah swt yang mencipta dan menguasai, mengendali dan mentadbirkan segala urusan semesta alam itu adalah Tuhan kamu. Dia satu-satunya yang layak menjadi Tuhan kamu yang sanggup mendidik kamu dengan agama, menghimpun dan menyatupadukan kamu dengan peraturan-peraturan, mengadakan undang-undang untuk kamu dengan keizinan-Nya dan mengadili kamu dengan syariat-Nya,. Dialah satu-satunya Tuhan yang menerajui penciptaan dan pengurusan alam buana. Tiada pencipta yang lain bersama-Nya dan tiada pemerintah yang lain bersama-Nya.

  "Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan bagi-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"

(QS:at-Taubah ayat 39)

  "Katakanlah: Jika bapak-bapak , anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keuargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan kamu khuatir kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu sukai daripada Allah dan rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalann-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."

(QS:at-Taubah ayat : 24)

Hidayah adalah milik Allah swt yang akan menentukan siapa yang akan menerima serta mentaati, namun sebagai manusia yang telah beriman, adakah kita telah melakukan usaha-usaha berdakwah kepada manusia yang belum beriman. Perjuangan dalam menyampaikan kebaikan Islam bukan semata-mata Solat, puasa dan haji pada pandangan mereka yang kafir, tetapi ia adalah jalan-jalan dakwah berhikmah dengan menjadikan Baginda Nabi Muhammad saw sebagai panduan dalam menyampaikan dakwah. Akhlak adalah merupakan ciri utama manusia dapat menerima ajaran Islam, sebagaimana yang telah di anjurkan oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat r.a. terhadap manusia pada zaman jahiliah dahulu dan ia akan berterusan hingga ke hari kiamat nanti.

Islam bukan sekadar menyampaikan ceramah serta pidato, ia adalah amal dan ikhlas maka disitu akan ada jalan hidayah melalui kita jika ia menuruti ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Manusia itu ada bodoh serta pandai dan baik mahupun jahat, tetapi bukan kita yang menentukan siapa yang akan ke syurga atau neraka. Kejian serta cemuhan mereka golongan kafir itu tidak akan merosakkan diri kita yang benar-benar ikhlas melakukan usaha-usaha dakwah dan amal islami, mereka lah kelak yang akan rugi jika tiada hidayah dan petunjuk dari Allah swt untuk beriman kepada Allah swt dan baginda Nabi Muhammad saw.

   "Dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka dan janganlah engkau merasa bosan terhadap tipu daya yang dirancangkan mereka"

(QS: an-Naml ayat: 70)

Thursday, April 18, 2019

Sahabat di jamin syurga : 1. Abu Bakr As-Shidiq r.a.

ABU BAKR AS-SIDDIQ RADHIYALLAAHU ‘ANHU - BIOGRAFI

Nama Abu Bakr As-Siddiq radhiallahu'anhu tidaklah asing lagi bagi umat Islam, baik dahulu maupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling agung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah umat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya baik dahulu maupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah.

Nama sebenarnya Abu Bakr As-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang sangat kaya serta datang dari keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam, Abu Bakr telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah meminum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang Quraisy yang lain.

Dari segi umur, Abu Bakr radhiallahu'anhu adalah dua tahun lebih muda dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan Rasul lama sebelum masa kenabian. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam. Karena besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam pernah mengatakan bahwa Islam telah tegak di atas harta Khadijah dan pengorbanan Abu Bakr. Adapun gelaran As-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa pun perkataan maupun perbuatan Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam. Dalam hal ini kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud radhiyallahu'anhu yang diceritakan sendiri kepadanya oleh Abu Bakr, tentang bagaimana Abu Bakr memeluk agama Islam. Kata Abu Bakr radhiyallahu'anhu ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud radhiyallahu'anhu:

 "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid. Dia berkata kepadaku: "Aku kira tuan datang dari Tanah Haram. "Benar, “jawabku. "Aku kira tuan berbangsa Quraisy?” "Benar,” ujarku lagi. "Dan apa yang aku lihat, tuan dari keluarga Bani Taiyim?” "Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya. Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, yaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu? Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya. Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap hati dan menjadi pelindungnya dalam kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku. Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku  Org itu berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu! Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kerana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.  Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku? "Boleh sahaja, “jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu? Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakr, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, kau telah mencemarkan kedudukan keluargamu dan aku mendapat kabar bahwa kau terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita. Maka ujar baginda, "Bahwa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekalian ummat! Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya? Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari. Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang kau maksudkan karena banyak orang tua yang aku temui di Yaman itu? Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepadamu!

Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahumu, wahai sahabatku? Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku. Akhirnya aku berkata, "Hulurkanlah tanganmu, bahwa dengan sesungguhnya aku bersaksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan dirimu (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.

Demikianlah kisah indah yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Abu Bakr r.a. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam

Keislaman Abu Bakr As-Siddiq telah membawa pengaruh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. , Abdul Rahman Bin Auf r.a. , dan Saad Bin Waqqas r.a. menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Abu Bakr r.a. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam.

Sebagai bukti yang memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Abu Bakr r.a. dapat kita ketahui dari satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al As r.a. Amru seorang sahabat Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam pernah suatu hari menanyakan Rasululla s.a.w., "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapaknya".

Selain daripada itu Abu Bakr As-Siddiq  adalah seorang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cerdas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah s.a.w pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakar As-Siddiq dengan iman seluruh ummat maka lebih berat iman Abu Bakr r.a. ." Demikian teguhnya iman Abu Bakr demi apakala kita memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam mengenai dirinya itu. Gelaran As Siddiq yang diberikan orang terhadap diri Abu Bakr r.a. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela diri Rasulullah s.a.w. Andainya seluruh ummat manusia akan mendustakan Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam Abu Bakr r.a. akan pasti tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.

Tidak beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Abu Bakr r.a. yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan perjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam. Beliau telah mengorbankan seluruh harta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain itu beliau juga telah membeli budak-budak yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya lalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin Rabah r.a.

Tatkala Nabi Muhammad s.a.w. selesai melakukan Isra' dan Mi'raj segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam telah pergi menemui Abu Bakr r.a. untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Nabi Muhammad s.a.w. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakr r.a. tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakr r.a. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakr r.a. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Abu Bakr  "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu." Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakr bahwa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam semalam tadi?" Maka sahut Abu Bakr sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yg diberitakannya baik pada waktu siang mahupun di waktu malam!"

Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu. Karena tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi oleh Rasulullah s.a.w dengan gelaran As-Siddiq.

Dan memanglah tidak mengherankan sekali sikap Abu Bakr r.a. itu. Beliau telah mengenal Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam bukan sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahwa sahabatnya itu berkata benar, tak pernah bohong, seorang yang jujur. Mustahil Muhammad akan khianat kepada pengikutnya yang percaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesuruh Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu dari Tuhannya. Beliau memiliki iman yang kokoh.

Tatkala keadaan kekejaman orang-orang musyrikin Quraisy terhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam telah mengadakan pertemuan di rumah Abu Bakr r.a. untuk mencari jalan keluar dari kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam menjelaskan kepada Abu Bakr r.a. bahwa Allah  telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Abu Bakr r.a. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Tanpa sedikitpun kebimbanganpun Abu Bakr r.a. menyambut permintaan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam.

Dari pintu belakang rumah Abu Bakr r.a., Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam bersama-sama Abu Bakr r.a. menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang diberi nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Abu Bakr r.a. diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surat Taubah yang isinya memuji Abu Bakr As-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh karenanya Rasul berkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?

Kemudian Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam, diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Abu Bakr r.a.,"Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan ke belakang mereka. Abu Bakr r.a. pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakr r.a. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasulullah s.a.w. Beliau pernah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata engkau dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman."

Ucapan antara dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam Surah At-Taubah ayat 40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakr): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Allah bersama kita. Allah menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Allah menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Allah itu yang amat tinggi. Dan Allah Maha Kuasa dan Bijaksana."

Demikian satu lagi keistimewaan  Abu Bakr As-Siddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Abu Bakr r.a.tidak berpisah jauh dengan baginda Rasulullah s.a.w. sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis digunakannya untuk kepentingan perjuangan menegakkan kalimat Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam telah meminta kepada kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya di jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Abu Bakr r.a. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Abu Bakr bagi tujuan jihad itu, maka Rasulullah s.a.w. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu? Pertanyaan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam itu dijawab oleh Abu Bakr As-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya."Saya tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya."

Demikianlah kehebatan jiwa Abu Bakr As-Siddiq, suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandang besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran harta benda Khadijah r.a. dan juga Abu Bakr As-Siddiq. Tepatlah juga tatkala Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa kiranya iman seluruh ummat ditimbang bersama iman Abu Bakr maka lebih berat iman Abu Bakr. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi teman akrab Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam.

Pada suatu ketika di saat Rasulullah s.a.w. membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahwa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika meƱdengar khutbah Nabi demikian itu Abu Bakr r.a. lalu menangis tersedu-sedu, karena sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahwa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah bahwa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan dan kefasihan Abu Bakr r.a. dibanding dengan para sahabat yang lain.

Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Umar bin Khattab r.a. sendiri telah diselubungi kekacauan pikiran dan tampil ke muka umum sambil menentang sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujar Umar, "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.

Ketika kegawatan itu berlaku Abu Bakr r.a. sedang berada di suatu kampung. Tatkala berita kewafatan Rasulullah s.a.w itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang berkumpul mendengarkan pidato Umar bin Khattab r.a. tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Abu Bakr r.a. terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati tubuh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah s.a.w dan mengucupkannya, sambil berkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati!" Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:

"Wahai kaum Muslimin! Barang siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barang siapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati.". Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dari Al Qur'an: "Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayakan Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur".

Setelah mendengar ayat itu, Umar bin Khattab r.a.pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah s.a.w sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah s.a.w telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang dipahami oleh Abu Bakr r.a.. Ini jelas membuktikan kecerdasan Abu Bakr As-Siddiq dalam memahami Islam.

Ketika Rasulullah s.a.w wafat, beliau memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Abu Bakr As-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalonkan oleh Umar Ibnul Khattab r.a. Pemilihan ini tentulah tepat sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apalagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.

Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Abu Bakr As-Siddiq pun memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya baginda berkata:

"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah aku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.

Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cakap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam sungguh aku tidak mampu. Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang mendapat wahyu dari Allaah, karena itu beliau terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun di antara kamu."

Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Romawi maupun Persia yang memerintah dunia barat dan timur ketika itu. Beliau telah mematuhi manifesto politiknya. Beliau hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka diagungkan. Adalah diriwayatkan bahwa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Beliau dengan segera meralat orang itu dengan berkata: "Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah Rasul-Nya!

Adalah diriwayatkan bahwa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih sebagai Khalifah, Abu Bakr r.a. kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Jarrah r.a. . Sahabat besar itu mendekatinya seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga." Lalu Abu Bakr r.a.  bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku mencukupi rumah tanggaku?" Demikian sedihnya nasib yang menimpa Abu Bakr r.a. sebab walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemerintah Islam memperoleh gaji.

Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya untuk beliau dan keluarga yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu barulah Khalifah Abu Bakr r.a. meninggalkan usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda hanya menerima gaji sebanyak enam ribu dirham saja setahun. Peruntukkan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya beliau telah memerintahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.

Sebelum beliau wafat, kepada Umar bin Khattab r.a. beliau mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila ia berpulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentara ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq. Abu Bakr r.a. tidak lupa mengingatkan Umar apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah s.a.w. wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasulullah s.a.w. dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu, tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajiban biarpun yang demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab.:

"Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadirat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Hendaknya jangan sesuatu bencana bagaimana pun besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Allah. Engkau telah melihat apa yang telah kulakukan tatkala Rasulullah s.a.w. wafat sedang wafatnya Rasulullah s.a.w. itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan Rasul-Nya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah jadi lautan api."

Dalam masa pemerintahannya yang singkat Abu Bakr As-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua tahun itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemerintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Beliau telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.


Sungguh kehidupan Abu Bakr As-Siddiq adalah penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu beliau telah berhasil menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Beliau telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi pemeliharaan agama kaum Muslimin dan keagungan Agama Islam. Bahkan beliau telah mengakhiri pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebagian negeri Syam dan sebagian negeri Iraq, ia pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur menginjak 63 tahun. Beliau dikebumikan di samping makam Rasulullah di Masjid Nabawi.

Thursday, February 7, 2019

AL-HISBAH adalah sebuah amanah, sebagai khalifah di bumi tuhan.


Masih ada keraguan bahawa Islam akan terus maju, kuat dan berkeinginan dalam mengarah dan membentuk aliran peristiwa penting di negara-negara Islam. Negara-negara di dunia menyaksikan fenomena yang sangat penting untuk masa depannya. Dalam kebangkitan semula ummat Islam ini, tidak ada yang menonjol sebagai simbolik aspirasi umat Islam di seluruh dunia, maka komitmen yang tinggi perlu untuk menetapkan semula seluruh kod tata kelakuan hidup mengikut ajaran Islam. Setiap negara dunia umat Islam berdebar-debar dengan kerinduan yang sangat kuat untuk membentuk kehidupan mengikut ajarannya. Shari'ah, secara ringkasnya, di mata yang bebas dan saksama, dan ia telah datang untuk melambangkan matlamat ke arah mana setiap muslim sedang berusaha dan saling bantu-membantu untuk maju dalam berpandukan Shari’ah Islam yang sebenar.

Shari'ah secara harfiah bermaksud 'jalan yang jelas'. Ini adalah jalan yang manusia wajib tempuhi, di dalam Islam mereka mesti berjalan sambil berusaha dan terus berusaha untuk meraih ganjaran pahala dari Penciptanya. Inilah kerinduan yang mendalam untuk mencari Tuhan. Disamping Shari'ah yang diterjemahkan menjadi langkah-langkah, konkrit dan khusus, di jalan hidup. Shari'ah adalah untuk seluruh manusia - dalam dan luar, individu dan korporat - ketika dia berusaha untuk hidup dengan kehendak satu-satunya Tuhannya.

Untuk memenuhi matlamat penciptaannya dengan berjaya; bagaimana untuk mengaitkan dirinya dengan Penciptanya, kepada diri sendiri, kepada sesama manusia dan kepada segalanya untuk menolongnya. Kepada-Nya sahaja dia mesti berpaling untuk mencari bimbingan, kerana tidak ada seorang pun dari atau selain Dia yang benar-benar dapat memberikan jawapan kepada setiap soalan yang pasti oleh semua manusia atau ia mampu untuk membimbingnya.

Al-Hisbah, ia adalah amanah.

Al-Hisbah ia adalah sebuah sistem kawalan yang terkandung dari ajaran Al-Quran serta bersandarkan kepada as-Sunnah dan Hadist-hadits Nabi s.a.w. Ia melangkaui sebuah sistem yang senantiasa hidup subur dari zaman para Sahabat r.a. sehingga kini ia menghilang namun ia tidak akan pupus. Ia amat berkait rapat dengan ibadah-ibadah yang di wajibkan dalam Islam. Sepertimana juga beribadat khusus sama ada solat dan puasa, maka ia mengikut kelebihan dari kaedah fiqh para imam 4 mazhab yang terutama. Di sana akan di lantik petugas-petugas yang akan melaksanakan segala yang di perintahkan dan juga akan meninggalkan segala larangan Allah SWT. Maqasid Shariah memerlukan para petugasnya yang beriman , bertaqwa malah melaksanakan amanah sebagai khalifah dan juga wakil manusia di muka bumi ini.

Para penguatkuasa (Muhtasib) adalah mereka dikalangan orang kebiasaan, mendampingi pemandu teksi, bersembang di kedai-kedai kopi. Mereka ini menjadi wakil sebagai penunjuk arah atau penunjuk jalan kebenaran kepada mereka yang Muslim atau yang belum lagi Muslim. Ia mempunyai maklumat mengenai kehidupan di kalangan manusia yang berurusan dengan kepelbagaian adab dan adat berbagai bangsa di Malaysia ini. Undang-undang yang telaksana meliputi negeri dan juga persekutuan perlu juga melihat Islam bukan sahaja haram dan halal serta dunia dan syurga. Islam adalah Rahmat Sekalian Alam, ia bukan untuk pihak-pihak tertentu menggunakan Islam sebagai simbolik tanpa pengisian bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tujuan utama adalah mencari redha Allah melalui tugas-tugas penguatkuasaan kepada sebarang bentuk yang bercanggah dengan Islam, ia adalah demi kesejahteraan kehidupan yang lurus berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah.

"Dan jangan lah kamu merasa lemah dan jangan lah kamu berduka cita, padahal kamulah adalah orang-orang yang tertinggi, jika kamu orang-orang yang beriman."

Surah al-Imran ayat 139.
                                                                                                       
Sesungguhnya, keadaan iman itu ada turun dan naik. Manusia wajib mencari panduan melalui Islam sebagai jalan menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi di kalangan manusia yang kafir serta mereka mengkafirkan sesama mereka secara politik. Bukan itu sebagai tujuan hidup kita dan mereka di muka bumi ini. Ia adalah suatu perjalanan hidup di zaman akhir kemusnahan umat manusia. Para penguasa yang zalim serta ulama duniawi yang berada dalam pemerintahan negara ia senantiasa wujud dan melukis sejarah Islam. Ia akan senantiasa menanti mereka dalam kehidupan duniawi dan juga sama ada di hari kiamat kelak. Dan jika mereka yang dulu mati, maka kiatamt juga akan tiba tiada beza anatara mereka manusia kafir atau Muslim.

Image result for al-araf 54

  "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari lalu Dia bersemayam di atas A'rasy. Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan cepat dan menciptakan matahari, bulan dan bintang, semuanya tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah bahawa Dialah yang menerajui urusan penciptaan dan pentadbiran alam buana. Maha berkatlah Allah yang memelihara semesta alam."

 Surah al-A'raf  ayat 54

Nabi Muhammad saw adalah suatu ciptaan terbaik Allah SWT, menjadikan baginda sebagai teladan dan Sunnah para sahabah Radhiallahum. Islam Rahmat untuk sekalian alam adalah natijah bukan sekadar slogan, ia adalah momentum untuk membuka minda manusia. Nabi Muhammad saw itu sendiri bukan hanya tukang pos yang menyampaikan Kitab Allah dan kemudian hilang. Bertindak di bawah bimbingan Ilahi, dia bukan sahaja menyampaikan mesej, tetapi melancarkan pergerakan. Dia mengubah manusia dan masyarakat; mengasaskan komuniti; menubuhkan negara; dan membelanjakan setiap masa kehidupannya dalam membimbing, mengarahkan dan memimpin pengikutnya. Contoh hidupnya yang senantiasa hidup dengan bimbingan Tuhan, yang terdiri dari apa yang dia lakukan atau katakan atau diluluskan, ia adalah as-Sunnah, ia adalah sumber kedua dari Shari'ah. Kuasa as-Sunnah teguh berakar dari al-Qur'an dan dalam konsensus para-para ulama yang berterusan menurut sejarah umat Islam.


Sebagai contoh mengikut sebuah hadith yang di keluarkan oleh Muslim dengan isnadnya dari Abu Musa katanya: "Kami bersama Rasulullah saw dalam satu persafiran - dalam riwayat yang lain dalam satu perperangan - tiba-tiba orang ramai bertakbir dengan suara yang lantang, lalu Rasulullah saw berseru: Wahai manusia! Kasihanlah kepada diri kamu. Sesungguhnya kamu bukannya berdoa kepada yang tuli dan bukan pula kepada yang ghaib, malah kamu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Hampir kepada kamu."

Kedangkalan serta segala kelemahan kita sebagai manusia, menjadi kelaziman. Adakalanya kita terlupa dan tidak sengaja melakukan kesalahan dan dosa-dosa. Namun segala perbuatan kita wajar ada garis sempadan yang tidak melampau batas-batas Shari'ah Islam. Namun, Muslim itu juga ada perbezaan dikalangan mereka hingga ada pula yang bersikap takjub serta taksub yang melampau. Mereka dengan tanpa segan silu menggunakan Islam sebagai tempelan dan menipu masyarakat dengan pelbagai pandangan berbeza. Mereka sering berada dalam masyarakat melalui bacaan wirid yang kononnya dari Nabi saw. Malah sehingga majlis-majlis kutipan derma jihad dengan seruan: "Infak lah wahai sekalian kamu, maka berlipat ganda pahala yang kamu perolehi, didarabkan dengan 10 hingga 100 ganja ran pahala."

Para ulama mazhab yang 4 juga berbeza pandangan, namun mereka tidak menzalimi diri mereka dengan menimbulkan fitnah-finah, kafir mengkafir. Setiap perbezaan itu di raikan dan diberikan hujah berdasarkan al-Quran dan juga as-Sunnah Nabi Muhammad saw. Terdapat juga dikalangan mereka menjadikan diri mereka sebagai wakil tuhan, bahkan mereka memberi syurga tanpa segan silu. Kita mendoakan agar kehidupan kita ini akan diberkati bersama-sama dengan ketua negara yakni DYMM SPBY DPT Agong. Beliau sebagai ketua negara yang melaksanakan tugas-tugas sebagai payung rakyat, selama mana kita akan bernaung di bawah panji-panji sebagai khalifah Islamiah. Keyakninan kita amat tinggi untuk Islam ini dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan  melalui wakil-wakil Parlimen, DUN dan perwakilan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sama ada mereka yang telah Muslim dan juga mereka yang belum Muslim. Semoga segala kurniaan Allah SWT terhadap bumi Malaysia ini akan makmur serta berkat dan bertambah-tambah, kerana rahmat Allah SWT adalah untuk sekalian alam

IMPLIKASI PENGELUARAN WANG KWSP

KAYA KAMU KERANA KAMI, MERANA KAMI KERANA KAMU Apa yang sebenarnya berlaku adalah kerana kekhuatiran pihak-pihak tertentu terhadap wang simp...