Islam adalah untuk memimpin, bukan untuk para pemimpin (pembesar) memimpin Islam mengikut hawa nafsu semata. Mereka telah menyatakan dan akan berterus menerus menyatakan bahawa kami adalah golongan Islam yang benar dan menyalahkan semua orang di atas yang kononnya ia adalah sekadar kebetulan. Mari kita sama renungkan dari Surah an-Najm ayat 30-32 yang bermaksud,
"Itulah kadar ilmu mereka. Sesungguhnya Tuhan mu, Dia lebih mengetahui siapa yang tersesat daripda jalan-Nya dan Dia pula yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. dan milik Allahlah yang di langit dan apa yang ada di bumi. (Dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)"
Kekuasaan adalah hanya milik Allah SWT, manusia sebagai wakil (khalifah) kepada manusia seluruhnya agar mengimani ajaran yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad saw. Kemudian Islam itu telah meluas dan melata hampir kepada seluruh muka bumi ini melalui para sahabat r.a. yang kita semua muliakan mereka-mereka ini. Kemudian ia berterusan dari generasi ke generasi dan hingga lah pada zaman ini Islam adalah semata pada nama atau sebagai simbol. Kemudian kita hebahkan (viralkan) bahawa kumpulan kami lah yang berjaya menempelkan Islam itu pada diri mereka akhirnya ia adalah sebagai sebahagian dari ajaran Islam.
Maka adakah kamu telah di uji?...
Bertanyalah kamu pada diri (tubuh badan) kesakitan 'APAKAH!' ini, melainkan hanya melalui petunjuk Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw dengan meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup.
Betapa tingginya ujian dan dugaan sebagai tahanan oleh penzalim ke dalam penjara, menjadikan masyarakat masih dilihat buta oleh orang-orang cerdik dikalangan bangsa Malaysia. Mana mungkin, Buya HAMKA berjaya menyiapkan sebuah kitab tafsir al-Quran yang bernama al-Azhar yang telah memberi manfaat kepada jutaan umat di alam nusantara ini. Itu adalah tingkat-tingkat ujian yang di hadapi oleh beliau, di sana juga ada ganjaran-ganjaran yang telah di janjikan oleh Allah swt sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Dengan ketinggian taqwa kepada Allah SWT maka ujian dan juga musibah dihadapi dengan sabar dan solat.
Seorang mukmin hanya menumpukan kepada kebergantungan hanya kepada Allah SWT, sepertimana yang dikisahkan oleh para sahabat baginda Nabi Muhammad saw mengenai perperangan pertama yakni Perang Badar. Seluruh para sahabat yang berjuang di dalam perperangan Badar dijanjikan syurga oleh Allah SWT melalui perantaraan Nabi saw.
Jangan kita tidak boleh beza atau menjadi buta antara perbandingan kebaikan umarak (pemimpin kerajaan) kepada para ulama dan juga antara kezaliman Umara terhadap para ulama, ia mempunyai sebuah persepsi yang amat jauh bezanya. Ia umpama langit dan bumi jika kita memahami perkara realiti yang berlaku antara dua keadaan di atas. Manakah ujian yang lebih di nilai oleh Allah SWT terhadap ujian nikmat diberikan kepada para ulama bersama-sama para umarak yang menghabiskan harta-harta kerajaan. Berbanding dengan ujian Allah SWT kepada para ulama yang di zalimi oleh para Umara. Bukankah mereka yang pernah dizalimi oleh Umara bahkan kerajaan-kerajaan Islam selepas zaman para sahabat adalah para imam mazhab. Mereka ini sanggup di uji di dalam penjara milik ketua kerajaan Islam pada masa itu, dengan mempertahankan ijtihad mereka dalam menentukan sesebuah hukum di dalam al-Quran bahkan juga di dalam Sunnah Baginda Nabi Muhammad saw.
Pemimpin akan melakukan kesilapan, malah diberikan ganjaran pahala jika tersilap hukum. Maka bukan mereka sebagai pemimpin yg memimpin Islam untuk kita, tetapi Islam adalah tinggi tidak perlu kepada pemimpin menipu masyarakat dengan pakaian dan benda-benda (makhluk) diberikan jenama Islam....bagai...
- Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita solat cukup 5 waktunya.
- Jangan merasakan diri kita "Baik" walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
- Jangan merasakan diri kita "Baik" walaupun kita nasihat dan tegur orang lain yang buat silap
- Jangan merasakan diri kita "Baik" walaupun kita setiap masa kita menolong orang lain.
"Dan betapa banyak malaikat di langit, syafaat (pertolongan) mereka sedikitpun tidak berguna kecuali apabila Allah telah mengizinkan (dan hanya) bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia redhai."
Surah an-Najm ayat 26.
Jika kita mengatakan kumpulan kami bersama para pemimpin kami adalah benar di sisi Islam, maka jangan di cemuh semua kaum muslimin. Bahkan aqidah ahli sunnah Waljamaah adalah bersederhana dalam mengendalikan perbezaan ijtihad. Jika perkara yang dilakukan itu menepati kehendak al-Quran dan as-Sunnah maka mereka akan mendapat ganjaran dua pahala, malah jika mereka melakukan kesilapan maka tetap juga mendapat pahala. Begitulah rahmat Allah SWT kepada umat akhir zaman ini, sebagaimana mereka akan terpecah kepada 73 golongan yang mana 72 golongan adalah mereka yang sesat dan menyesatkan.
Kehendak nafsu sebagai manusia tidak boleh terlepas dari sebarang godaan syaitan. Wajar bagi kita memperbaiki amalan serta memperbaharui syahadah dengan bersungguh-sungguh mengerjakan solat dengan penuh kesabaran. Bandingan antara manusia dan haiwan adalah makhluk ciptaan Allah SWT, yakni, haiwan tidak mempunyai akal bahkan memiliki nafsu sebagaimana manusia yang normal. Jangan kita menjadikan agama ini sebagai tunggangan aqidah sempit dengan hanya semata-mata meletakkan tempelan-tempelan pada ajaran agama Islam, pada sisi mereka merekalah yang benar. Ia bukan pada yang lain selain mereka.
#Islamadalahrahmatsekalianalam
# sampaikanlahdarikuwalausepoton gaya