Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Datuk Keramat, atau
lebih dikenali sebagai Keramat di kalangan orang tempatan, ialah sebuah
perkampungan yang besar di kawasan pilihan raya Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. kawasan pilihan raya Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Asal nama
kampung ini ialah Kampung Tangga
Cina (diberi nama
sempena kehadiran tangga batu yang menghala ke kubur peneroka Kuala Lumpur, Yap
Ah Loy dipuncak Bukit Setiawangsa oleh buruh beberapa orang India yang di gelar
"Tanggaci"). Ia mula dijadikan kawasan penempatan dan perkampongan
pelbagai etnik Melayu, saperti Jawa, Bawean, Bugis, Minangkabau dll sekitar
awal tahun 1920-an. Nama Kampong Tangga Cina terdaftar dalam daftar nama
kampong dibawah tadbir urus Kuala Lumpur Municipality (KLM) sewaktu era
"tandas angkut" sehingga ditukar nama menjadi Kampung Datuk Keramat
semasa KLM bertukar menjadi Majlis Tempatan Kuala Lumpur. Nama Kampung Datuk
Keramat (KDK) menjadi sinonim kerana terdapat satu makam pada kubur tertua dan
kekerapan komuniti India Muslim mempraktiskan buat kenduri membayar nazar
dimakam kubur tertua tersebut yang dianggap keramat di pinggiran kawasan Pasar Keramat.
Kini makam tersebut tidak dibenarkan lagi untuk dijadikan tempat bernazar.
Demikian rentetan bagaimana nama "kampung" ini terpilih dan
berterusan menjadi tumpuan kediaman masyarakat majmuk disebabkan lokasinya yang
strategik ditengah-tengah bandar.
Kawasan KDK asalnya tempat melombong
bijeh timah dan sebahagian dari dataran bijeh yang bersambung dengan Kampung
Kuala Ampang dan Bukit Belachan (Kampung Lembah Jaya) dan Ampang New Village.
KDK terbahagi dua, Keramat Luar, dan Keramat Dalam.
1.
Keramat Luar bersebelahan dengan Jalan
Kent dan Simpang Flat, menjadi penempatan pertama "Rumah RIDA",
sebuah perkampongan tersusun oleh Jabatan Pembangunan Luar Bandar, kerajaan
pusat Perikatan masa itu. Kawasan Keramat Luar berakhir dijakan yang pisahkan
oleh jalan antara sekolah rendah dengan Pasar Keramat.
1.
Keramat Dalam bermula dari Pasar
sehingga ke Jalan Jelatek, Keramat Hujung dan Bukit Keramat.
KDK kini merangkumi timur laut pusat
bandar Kuala Lumpur dan bersempadan dengan daerah Ampang dan Pandan di negeri Selangor. Sungai Kelang menganjur lebih kurang dari timur laut ke barat dan
bertindak sebagai pemisah semula jadi antara Keramat dengan Ampang. Keramat
dilayani oleh 3 - stesen aliran laju
Transit Aliran Ringan, iaitu Stesyen Jelatek, Dato Keramat and
Damai, dalam jajaran Aliran Kelana Jaya.
KDK hanya 10 minit dari Kampung Baru
jika memandu, dan sememangnya merupakan kawasan orang Melayu walaupun baru-baru ini, terdapat banyak
orang asing, terutamanya orang-orang Arab yang tinggal di sini. Aznil Nawawi, pengacara ternama di Malaysia,
juga berasal dari sini.